PUTRAJAYA, 18 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata Lahad Datu, baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa pun,” katanya lagi. BERNAMA
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu








BalasPadamSi Harun anak elaki si Taib itu bengong juga...
Bengong ke bangang ke macam sama tentang isu syahid.
Buat ape diheboh-hebohkan hal yang memang bioleh diperdebatkan dan dengan hujjah masing-masing.
Allah Taala yang maha tahu sama ada mereka itu syahid atau tidak. Itu kerja Allah. Walaupun ada ilmu tertentu untuk menentukan tetapai ia hanya sati pendapat. Alalah yang Maha tahu hal-hal ghaib macam tuh.
Lagipun isu tuh menambah beban kepada orang ramai. Buat kerja yang menguntungkan perjuangan PAS untuk mendapatkan mandat rakyat. Banyak perkara lain yang lebih utama dan berfaedah.
Jika aku ahli keluarga aruah-aruah berkenaan itu pun akan tidak bersetuju jika ia dijadikan hebahan dan polimok.
Pemimpin PAS jangan tunjuk dan serlahkan kebangangan kamu. Musuh kamu UMNO sedang menunggu-nunggu kamu terlepas cakap dan salah langkah.
Jika pun ia sebagai satu ilmu pun boleh dibawa ke masa lain yang tatkala rakyat sudah bersedia untuk menambah fahaman. Bukan menghukum atau membuat ketetapan ke atas seseorang.
Tunjuk pandai tapi tidak cerdik.
Jib tlg tambah lagi 1 dosa besar yang pas buat..seblum ni 7 dosa besar + 1 dah jadi 8....BN belum ada lagi dosa lagi..!dosa hangus ada la. pasni boleh bubar parlimen bagi rakyat buat pilihan..!
BalasPadamDulu masa orang suruh pergi mengaji al-quran dan belajar agama tak boh. Bila doh besar belagak nak jadi ustaz. Dok kat Luar Negeri dok main betina. Balik malaysia pun main betina. Bila doh dekat PRU 13 nak jadi ustaz. Kalu dah bodoh jangan wat pandai. Harun Taib tu gi ngaji bukan gi main betina. Dia tahu apa yang dia cakap. Yang aok tu cakap pasal dosa besar wat ape??? Macamlah aok tu maksum sangat. Aok pun ada anak haram. Dok malu ke?? Kawe malas nak cakap lebih. Aok ni buat orang Pulau Keladi mlu je... Doh la le ni ramai kemboja aok dok ajak dok kampong.
BalasPadamSekali baca pandir. 2 kali baca pandir. 3 kali baca memang pandir. Ini bukan nak isu politik. Ini pasal hukum hakam. PM PM PM ... pergi haji balik awal. Dok cukup rukun. Nak panggil Haji Najib dok leh. Jadi kena panggil Ji Najib. Sebab Ha dok sempat yang sempat Ji je. Kelakar juga Najib ni.. Kelakar sebab nak tunjuk kepada Rakyat yang dia pun pandai bab agama. Kome nak jemput PM kita IMAM SOLAT ISYAK kat masjid Putrajaya.
BalasPadamMatilah dalam PAS. InsyaAllah mati syahid dunia akhirat.
BalasPadamsi pencacai umno yg 'bijak dunia akhirat' said....matilah dalam UMNO. Insyaallah mati kufur dunia akhirat.
BalasPadamxyah 7 dosa...1 dosa najib dh melebihi dosa2 lain...biarkn isteri x mnutup aurat...suami dayus, xditerima amalan...
BalasPadameh...ada amalan ke?
Lantaklah Dia kata Syahid....di sana nanti ketentuan Allah....jangan bergadoh dengan PAK PANDIR....nanti Negara Tergadai....
BalasPadamaku gi hagi sama ngan najib...cukup rukun dan wajib haji dia buat..tp mungkin ada silap faham...pada 9 zulhijjah sama2 ngan dia wukuf di arafat...kemudian masuk maghrib bertolak ke muzdalifah...tengah malam gi mina lontar jamrah kemudian ke mekah tawaf ifadhah (tahalul awal dgn bercukur/gunting) - selesailah rukun haji, yang masih belum selesai ialah wajib haji (tak buat kena dam) -pm mungkin nak kata telah selesai tunai rukun haji- tp heboh kat mesia kata dia tweet dah selasai kerjakan 'fardhu' haji- betul lah tu - aku yang kabo ngan dia: kita ni dah selesai tunai fardhu haji setelah bertahalul awal. dalam bab haji fardhu/rukunnya berbeza dengan wajib haji. hari 10, dan 11 dan 12 zulhijjah kami masih tinggal di mina (rumah tetamu kerajaan saudi)petang 12 zulhijjah kami sama2 bertolak ke mekah setelah melontar ketiga2 jamrah (nafar awal) di mekah kami juga duduk di rumah tetamu kerajaan (dekat pintu ajyad masjidil haram).yang saya jumpa selain pm di situ ialah Zambri kadir dan zahid hamidi. saya bertolak pulang pada 15 zulhijjah pada tahun tersebut.
BalasPadamMalaysia jangan ingat perang tiada darah yang tumpah....Perang dengan LINTAH pun banyak darah yang tumpah...
BalasPadam