MELAKA, 23 Mac - Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (foto) tidak menafi atau mengiyakan spekulasi bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata masa akan menentukan sama ada namanya akan tersenarai atau sebaliknya.
"Masa sekarang adalah masa khabar angin, masa spekulasi, kita tunggu masa yang sesuai kita akan tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Burung Melaka di Taman Botanikal Ayer Keroh di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina mengenai Ng mungkin digugurkan sebagai calon boleh menang pada PRU-13 akan datang.
Ng berkata perjuangan politiknya bukan bertujuan untuk mengejar kedudukan dan jawatan sebaliknya bagi berusaha memakmur dan memajukan negara.
"Pada saya, masuk politik bukan nak jadi menteri, saya masuk politik bukan nak jadi timbalan menteri, saya masuk politik adalah untuk saya sebagai rakyat Malaysia boleh berusaha bersama-sama memajukan negara agar kemakmuran dan kemajuan dapat dicapai, itu sahaja," katanya.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk terus kekal di kawasan Parlimen Raub, Ng berkata: "Saya tidak ada hasrat apa-apa dalam politik, hasrat saya hanya untuk melihat (BN) menang dengan lebih besar". sumber
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu






Dah kenyang mmg la x kisah dahh..
BalasPadam