KUANTAN, 28 Mac - Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Pahang?. Baru sahaja isu pembahagian kerusi pilihanraya dikecohkan akibat sidang media yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, kini timbul pula kontroversi terbaru yang pasi sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Ia berikutan tersebarnya poster ceramah yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) di laman sembang sosial facebook sejak lewat malam tadi. Poster yang bertajuk "Pidato Lahad Datu" itu kini telah disebarkan secara meluas dan ia menimbulkan berbagai tanda tanya sekarang ini. Benarkah Syed Ali kini telah menyokong Anwar dan salah seorang daripada pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti?. Pada paparan poster itu menyebut program berkenaan akan diadakan malam esok (29 Mac) di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini. Program anjuran Pakatan Rakyat Pahang itu turut menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) dan Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan). Persoalannya, kenapa wajah pemimpin UMNO itu berada bersama di dalam poster terbabit. Apakah beliau sudah bersedia untuk berada sepentas dengan Pakatan Rakyat selepas melihat berbagai kontroversi dengan isu Lahad Datu agaknya?. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah menggempar negara apabila turut mengkritik tindakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dalam isu lembu National Feedlot Corporation (NFC). “Shahrizat perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti,” tegas beliau dalam satu kenyataannya pada awal Disember lalu. Beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat. Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti. Kini, Shahrizat terpaksa akur dan telah pun berundur seperti yang disarankan oleh beliau. Maka itu, apakah kini beliau merasakan dirinya sudah tidak serasi lagi dengan UMNO dan bertindak naik ke pentas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini?.
[Kami akan cuba membuat siasatan yang terperinci tentang kebenaran maklumat pada poster. Jika benar Ketua UMNO Bahagian Cheras kini sudah bersedia naik sepentas dengan pimpinan Pakatan Rakyat, maka ia satu tamparan yang cukup hebat kepada UMNO BN menjelang PRU ini sebenarnya. Namun jika penyebaran poster ini sekadar "khabar angin" semata-mata, maka pihak yang berkenaan perlulah memohon maaf kepada pemimpin terbabit atas kesilapan yang berlaku ini. Cuma apa yang menghairankan kita pada poster ini ialah jawatan yang dinyatakan pada nama Syed Ali itu ialah "Penganalisi Politik" dan bukannya "Ketua UMNO Bahagian Cheras". Ini jelas menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat seandainya poster terbabit versi cetakan mula diedarkan dan ditampal di merata tempat kelak. Diharap pihak yang berkenaan dapat mengesahkan perkara ini agar ia tidak menimbulkan kekalutan terbaru dalam kancah politik negara sekarang. Tambahan pula "isu Lahad Datu" kini sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak mutakhir ini. Apapun, orang ramai yang berdekatan bolehlah hadir ke program ini untuk menyaksikan sendiri kelibat "Syed Ali" seperti yang dinyatakan pada poster berkenaan mulai jam 9.00 malam esok. Laporan lanjut menyusul !!].








Takkan lah tunggu sampai UMNO/ meletup dengan isteri-isteri yang lebih panas baru nak sedar diri kot kita ini ada akal fikirlah seeloknya-eloknya,ambil contoh besar yang sedang berlaku semenjak kebelakangan ini, FEDLOT, KM Serawak , Lahad Datu, Musa Aman ,dan yang lebih besar lagi rakyat sudah hilang percaya pada kepimpinan Najib dari mula kes Altantuya berlaku,ditambah pula perangai Rosmah yang lebih berkuasa dar PM sendiri,dan terkini pemburan Parlimen pula menjadi tanda tanya hinggakan DUN Negeri Sembilan telah terubar dengan sendiri, apakah jenis PM ini adakah dia berasa dirinya boleh berkuasa walaupun mandat dari rakyat telah luput tarikh,apakah dia boleh berfikir dengan waras atau ada penasihat yang bodoh di kelilingnya yang telah tersalah membuat perlantikan . Takkan lah pula KBDYD Agung nak bagi tau hai Najib hang kena bubar Parlimen nie dah habeh tempoh nie,nanti rakyat tak sokong hang baru hang tau langit tinggi rendah,Itulah kot lebeh kurang kalau Tuanku nak tanya,harap maaf lah saya cakap Kedah sikit,inilah suara dari rakyat yang sentiasa berdo'a yang terbaik.
BalasPadam
BalasPadamMana orang Lahad Datu..?
Tolong beri komen hal-hal berkaitan daerah tuan supaya kami dapat gambaran dan maklumat saheh. Pemberitaan oleh media pecacai macam dimanipulasikan untuk UMNO/BN sahaja.
Sabahkini itu pun macam rojak mamak jugak. Bercampur aduk. Jika pencernaan tidak kuat boleh 'sakit perut' si pemakannya.
So,
Ini kali jugalah baa..