script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Isu "Turun Bendera PKR", Majlis Perbandaran Kuantan "Tidak Wajar Di Persalahkan" Sepenuhnya !

KUANTAN, 21 Mac - Operasi menurunkan bendera parti pembangkang di sekitar bandar ini malam tadi telah mendapat kritikan hebat dari kalangan para penyokong mereka terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berbagai kenyataan panas dikeluarkan terutamanya di laman sembang sosial facebook selepas posting berkaitan isu itu disebarkan malam tadi. Difahamkan, operasi menurunkan bendera PKR yang dipasangkan pada lampu itu telah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia dilakukan berikutan program "Jelajah Janji Ditepati" yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di Padang MPK2 pada hari Sabtu, 23 Mac ini. Susulan daripada kunjungan Najib itulah menyebabkan kerja-kerja menurunkan bendera terpaksa dilakukan bagi tidak menimbulkan berbagai spekulasi dan kontroversi kepada pemimpin negara yang akan turun ke sini nanti. Persoalannya, kenapa MPK dikritik sedangkan mereka melakukan kerja terbabit berasaskan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut sumber, majlis tempatan terbabit terpaksa menurunkan bendera berkenaan kerana menghormati kunjungan Perdana Menteri ke bandar ini. "Sudah lama kami beri ruang kepada PKR untuk mempamerkan bendera mereka pada hampir keseluruhan tiang-tiang lampu yang terdapat di sini.. Bayangkan PKR meletakan bendera mereka pada tempat yang tidak dibenarkan (dua lubang rasmi pada tiang lampu).. sedangkan ia sepatutnya dikhaskan kepada bendera Malaysia, Pahang atau negara dan negeri lain jika ada pemimpin mereka ke bandar ini. Sesekali memang diletakkan bendera parti kerajaan memerintah (BN). Namun, ia bukan sepanjang masa dan pada kesemua tiang lampu. Anehnya, PKR telah menawan semua tiang-tiang lampu di bandar ini tanpa memberi ruang kepada pihak lain. Kami biarkan walau pun pemimpin mereka membuat tuduhan rambang terhadap MPK. Hampir sebulan bendera PKR dibiarkan tanpa apa-apa-apa tindakan... makanya bila ada kunjungan PM ke sini.. tibalah masanya kami menaikkan bendera Malaysia sebagai tanda semangat patriotik. Itu pun kami tidak buang kesemuanya . PKR kadang tu terlalu berani mencabar undang-undang... sudahlah tiang lampu mereka kontrol. "Mereka juga letakkan bendera pada tempat yang tidak dibenarkan seperti papan tanda, lampu isyarat serta lain-lain yang jelas mengganggu sebenarnya. Namun, kami bersikap terbuka dengan membiarkan semuanya itu. Tapi sekarang kami terpaksa lakukan.. Inilah juga yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang, ketika mereka turunkan kain rentang dan bunting yang memaparkan gambar Perdana Menteri ketika berkunjung ke sana dulu", kata kenyataan itu.


 Sementara itu, seorang pemimpin PKR pula berkata tindakan MPK itu jelas sekali "double standard" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. "Operasi turunkan bendera ini jelas membuktikan UMNO BN takut pada bayang-bayang sendiri. Kenapa bendera dacing tidak diturunkan sama? Sedangkan ia juga bendera parti politik.. Sikap MPK ini amat dikesali dan sudah pasti rakyat akan terus membenci tindakan seperti ini... Sepatutnya kelonggaran diberikan terutamanya di musim pilihanraya.. Mereka turunkan bendera kami (PKR) dan kami juga tidak tahu sama ada bendera itu dibuang atau dibakar oleh pihak terbabit. Ini sesuatu yang tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi.. Memang kami tahu parlimen belum dibubarkan lagi, namun biarlah rakyat merasai kehangatannya.. tambahan pula Parlimen Kuantan diwakili oleh YB Fuziah Salleh dari PKR", katanya. 

Pembangkang buat protes  isu bendera di Pejabat MPK baru-baru ini

Awal bulan ini Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ada mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berat sebelah dan mengamalkan peraturan berbeza kepada pembangkang berikutan pemasangan bendera di tengah bandar Kuantan. Menurutnya, Pegawai Penguat kuasa MPK  hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Berserah untuk meminta PKR menurunkan bendera parti yang sudah dipasang pada tiang lampu di sekitar bandar. Alasan yang diberikan kerana bendera tidak dibenarkan dipasang di pusat bandar dan PKR diberi tempoh dua hari untuk mencabut bendera berkenaan sebelum MPK mengambil tindakan. Apa yang jelas sememangnya MPK membiarkan bendera PKR itu berkibar hampir sebulan lamannya tanpa gangguan. Oleh itu, tindakan MPK menurunkan bendera terbabit tidak wajar dipertikaikan kerana amaran lisan sudah diberikan sejak sekian lama. Cuma, mungkin kerana berlaku ketika Perdana Menteri datang dan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 maka ia nampak tidak berapa bagus dan sukar diterima oleh semua pihak agaknya. Kenyataan Fuziah itu ada disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Pahang pada 1 Mac 2013 yang lalu.

Jika MPK tidak bertimbang rasa, mereka boleh buang semua bendera ini

[Tinjaun PDO mendapati, bendera-bendera PKR diturunkan hampir di kesemua kawasan sekitar bandar ini. Cuma yang masih dibiarkan ialah bendera yang tidak diletakkan pada tiang lampu seperti di pokok, bahu-bahu jalan dan sebagainya. Apapun, diharap isu ini tidak terlalu mencetuskan kontroversi kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mungkin bendera BN dibiarkan kerana ia tidak diletakkan pada tempat rasmi seperti yang dilakukan oleh PKR. Tindakan mengawal kesemua tiang lampu dengan bendera PKR yang diletakkan di kiri kanannya telah menyebabkan ramai pihak terkejut sebenarnya. Malah mereka hairan kenapa MPK membiarkan bendera itu berkibar sedangkan mereka ada hak untuk menurunkannya. Sepatutnya PKR mengambil sikap terbuka dengan tidak menyalahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Mereka adalah agensi dibawah kerajaan yang memerintah. Di Pahang, kerajaan yang memerintah ialah Barisan Nasional (BN). Makanya MPK ada hak untuk bertindak sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri pembangkang sebelum ini. Usahlah dijadikan isu panas kerana semua pihak telah diberi ruang untuk berkempen lebih awal. Cuma, PKR juga wajar menghormati kuasa yang ada pada MPK. Difahamkan, banyak juga bendera BN yang telah diturunkan oleh MPK malam tadi. Cuma ia mungkin tidak disensasikan dan tidak dijadikan isu oleh pihak terbabit. Memamg, bila ada pemimpin negara berkunjung ke bandar Kuantan mereka ada hak untuk meletakkan bendera Malaysia di tiang-tiang lampu tersebut. Cuma, diharapkan MPK tidak memusnahkan bendera yang sudah diturunkan itu bagi memberi keadilan kepada PKR untuk menuntutnya kelak. Apapun, semoga persaingan yang sihat akan dapat menyuburkan amalan demokrasi itu akhirnya].
Share:

1 ulasan:

  1. Saya setuju sgt dgn artikel ni. Sepatutnya PKR lebih rasional dalam membangkitkan apa-apa isu. Sememangnya PBT seperti MPK mempunyai hak untuk menurunkan bendera-bendera yang dipasang sekarang ni. Namun atas dasar pertimbangan, MPK melalui Dato' YDP telah mengambil sikap yang pada saya patut dipuji.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.