SHAH ALAM, 22 Mac - Tempoh berkempen terlalu lama membazir wang, masa dan tenaga semua pihak terlibat, malah ia juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto).
Wan Ahmad menegaskan, alasan pembangkang mendakwa tempoh berkempen pada masa sekarang tidak mencukupi tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi, mereka mampu menyebarkan latar belakang calon dengan mudah.
“Tak lojik kerana majoriti rakyat memilih parti walaupun ada pengundi yang memilih calon.
“...jika calon baru yang bertanding sekalipun dengan teknologi media hari ini dalam beberapa hari, gambar dan biodata calon boleh tersebar luas dan rakyat mengetahui siapa calon itu.
“Tempoh kempen 21 hari pernah dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita pada tahun 60an dan 70an semasa negara masih mundur, tiada segala kemudahan infra moden, tiada kecanggihan teknologi media dan internet seperti yang ada sekarang,” jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan pemimpin Pakatan Rakyat pada 14 Mac lalu yang mahu SPR menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari. Perkara yang sama diulangi awal minggu ini.
Kali ini SPR akan memperuntukkan tempoh berkempen minimum 11 hari.
Katanya, tempoh yang lama tidak menjamin sesebuah parti itu akan menang kerana pengundi pada masa ini membuat pilihan atas penilaian terhadap isu yang dimain dan diperjuangkan mana-mana parti.
“Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang,” ulasnya sambil menyifatkan sejak 2009, semua parti politik telah memulakan kempen tanpa henti-henti hingga saat ini menerusi pelbagai medium dan cara.
Tambah beliau, tempoh kempen sedia ada tidak perlu dikaji semula demi kehendak sekelompok kecil parti politik pembangkang, sekali gus tidak membeban pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen.
“Jika tempoh kempen panjang dan terlalu lama, polis terpaksa bertugas siang dan malam 24 jam untuk menjaga kententeraman awam, kuatkuasakan undang-undang” katanya.
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu






BalasPadamKomen aku,
Kepada kerajaan UMNO Bee End,
SPR tidak perlu disusahkan dengan bajet untuk PRU. Ia dan lojik mejik, 21 hari tuh lama dan membazir.
Membazir duit, tenaga dan masa. Lama sangat nunggu PRU. Kami semua termasuk SPR nak rehatkan otak dan fizikal pulak. Nak bawak keluarga pegi jalan-jalan pulak.
Aku stuju.
Aku cadangkan agar PM umum sahaja tarik PRU dan dia juga tetapkan keesokan harinya mengundi. Ngam tak..? Tidak membazir dan jimat bajet betul tak SPR..?
Kepada Bee End dan pecacai sekelian,
Cakap dan tindakan kamu bukti upaya UMNO Bee End sebagai kerajaan sudah khalas. Tamat. TAMAT.
Tidak lagi dipercayai. Pada pandangan kami kamu semua sudah
tamat tempoh. Dah Luput tempoh.
Tidak sabar untuk mengundi
calon Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baharu.
Kami juga sudah tidak sabar untuk menikmati kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Datok Sri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan dan PM baharu.
Kamu datangkanlah apa sahaja FITNAH yang tentunya mampu kamu tanggung akibatnya di Akirat nanti.
Mintak ampon dan mintak maaf,jika tersasul-lajak kata dan bahasa.
Kami sudah ada pilihan.
ABU dan
Betul slogan ini,
INI KALI LAH..
ya...
Ini Kali Lah kita tukar Bee End kepada Pakatan Rakyat.
Selamat mengundi.
As salam Datuk, untuk makluman Datuk kebanyakan rakyat dah tak kesah kempen dipendek & panjangkan dari 21 hari ke 11 hari, pung juga tak kesah parti mana yang ada kelebihan media moden untuk berkempen termasuk tv3sukuk..utusangsek...etc kerana.. “Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang,”.. soalnya bila nak bubar...diulang bila nak bubar..ke GUANE..
BalasPadamaku setuju.. tak payah kempen lama2 sangat.. pagi masuk calon petang tu mengundi .. sebab tangan aku dah gatai sangat nak pangkah PAKATAN RAKYAT.. lagi cepat BN mampus lagi aman Malaysia .
BalasPadam