Kasihan benar tatkala mendengar rintihan dan keluhan warga Felda Mayam dan Purun dalam Parlimen Bera berkenaan masalah air yang disiarkan oleh TV3 menerusi slot "Aduan Rakyat" malam tadi. Tersentuh hati mendengar tangisan mereka yang sduah 35 tahun tidak didengari itu. Sudah berkali-kali pilihanraya umum berlaku, namun janji tetap tinggal janji. Nasib mereka terus terabai, hinggalah ada manusia seperti "Karam Singh Walia" (foto) datang membantu. Sekurang-kurang pendedahan yang dibuat oleh TV3 malam tadi dapat memberi sedikit pengajaran buat Kerajaan Negeri Pahang dan Felda terutamanya untuk membantu. Maka, dihantarnya Timbalan Pengarah JBA Negeri Pahang untuk berdialog dengan rakyat. Apa yang berlaku, rakyat sudah muak dengan janji-janji manis itu sebenarnya. Mana perginya pemimpin setempat yang kononnya ingin menjadi juara rakyat. Felda Mayam dan Felda Purun terletak dalam DUN Triang yang diwakili oleh Leong Ngah Ngah (DAP). Bukan dia yang wajar dipersalahkan sebenarnya, tetapi sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri dan Felda itu sendiri yang harus dipersalahkan. Sebagai ADUN pembangkang, sudah semestinya beliau tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan besar di situ. Tambahan pula dengan dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk membela rakyat disitu. Maka, yang mempunyai wang untuk membantu ialah UMNO BN. Soalnya, mana pergi Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob itu agaknya?. Kelibatnya amat diperlukan oleh rakyat di kawasan itu. Kenapa beliau tidak berani ke depan untuk "mendahulukan rakyat" atau sekurang-kurangnya menjadi "juara rakyat" dalam isu ini?.
Rakyat Menanggung Derita Sejak 30 Tahun Lalu
Tepuk dada tanya selera, itulah hakikatnya. Jika dikatakan kawasan itu tidak dibantu kerana kawasan pembangkang. Maka apa bezanya dengan kawaasan felda yang lain di seluruh negeri ini?. Masalah air ini telah melanda sejak 30 tahun yang lalu namun hingga ke hari ini ia masih lagi gagal diselesaikan. Janjilah apa sahaja, namun segalanya tingga janji semata-mata. Sedangkan rakyat terus merana terutamanya tatkala ada kenduri kendara atau musim perayaan tiba. Anak menantu takut untuk balik ke kampung halaman masing-masing akibat "dihantui dengan masalah air" yang melanda. Kini, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dan mereka hanya mampu berserah mengarapkan simpati. Masalahnya, mereka tidak terdaya untuk mengajar puak-puak UMNO BN ini dalam setiap kali musim pilihanaraya. Marah akhirnya bertukar sayang seketika kepada BN dan Felda gara-gara diberikan "gula-gula pilihanraya". Selepas itu mereka merana menanggung sengsara akhirnya. Inilah senarionya yang berlaku sejak sekian lama. Soalnya sekarang, kenapa masalah ini gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang khasnya Felda itu sendiri. Masalah yang sama pernah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada tahun 2003 yang lalu. Ia melibatkan kawasan Felda di Wilayah Jengka. Janji kerajaan ia akan diselesaikan, namun kini hanya tinggal janji semata-mata. Kononnya masalah air dikawasan Felda berlaku akibat masalah saluran paip lama yang berkarat dan sudah tidak sesuai digunakan. Maka mereka mahu menukarkannya dengan saluran paip baru yang lebih berkualiti dengan anggaran mencecah RM2 bilion ketika itu.
Dahulukan Projek Mega Daripada Nasib Rakyat
Soalnya, kenapa hingga kini gagal diselesaikan. Alasan diberikan peruntukan tidak mencukupi. Tetapi masalahnya, Felda mempunyai banyak wang dan mereka lebih rela menyusutkan rezab tunai melebih RM2 bilion sejak 6 tahun lalu. Kenapakah masalah rakyat begitu sukar diselesaikan, tetapi yang lain lebih didahulukan. Menara Felda, hotel dan projek-projek mega mereka agungkan dengan menggunakan duit peneroka tetapi kenapa masalah peneroka tidak mahu diselesaikan?. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bila kerajaan UMNO BN dan Felda laksanakan projek mega mereka ada pula duit. Namun begitu, bila mahu membela dan membantu rakyat mereka menggunakan berbagai alasan. Inilah dia dasar UMNO BN yang bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Laungan "rakyat didahulukan" hanyalah "omongan kosong" untuk semata-mata. Jika benar mahu dahulukan rakyat, kenapa sampai berpuluh tahun masalah air di Felda ini gagal diatasi. Anehnya, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar pula untuk menjual air ke Selangor, sedangkan rakyat sendiri menderita. Apakah kerana projek Empangan Klau itu harganya lumayan dan mereka menerima komisyen yang boleh dimakan hingga ke tujuh keturunan, maka itulah projek tersebut tetap mahu diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada sebahagian besar penduduk terutamanya masyarakat orang asli di situ. Inilah dasar mereka sebenarnya. Nasib rakyat "bagai telur dihujung tanduk" dan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Jika inilah caranya, memang wajarlah rakyat menolak BN dalam Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Mereka perlu diajar dan ditunjuk jalan pulang, jika rakyat mahukan perubahan nasib mereka.
[Kami ucapkan tahniah dan syabas kepada Karam Singh dan krew-krew Aduan Rakyat TV3 kerana mereka yang lebih prihatin dengan masalah dan nasib rakyat daripada kerajaan UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Apa yang pasti, kini kerajaan negeri dan Felda jelas telah dimalukan oleh isu air tersebut. Namun, apakah mereka sedar dengan masalah ini?. Yang jelas mereka menekan rakyat ada lagi. Sudahlah air tiada, kini rakyat Pahang di kenakan pula caj kepala meter RM1-RM2 dan Subsidi Air yang membebankan. Subdisi diberi tetapi rakyat terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi dari sepatutnya apabila tarif air itu sendiri dinaikkan. Mereka mahu menipu rakyat dengan tindakan jahat ini sebenarnya. Memang menjadi kewajipan rakyat Pahang menjatuhkan kerajaan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum akan datang jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi buat selama-lamanya. Lakukanlah segalanya mulai sekarang !!].
Rakyat Menanggung Derita Sejak 30 Tahun Lalu
Tepuk dada tanya selera, itulah hakikatnya. Jika dikatakan kawasan itu tidak dibantu kerana kawasan pembangkang. Maka apa bezanya dengan kawaasan felda yang lain di seluruh negeri ini?. Masalah air ini telah melanda sejak 30 tahun yang lalu namun hingga ke hari ini ia masih lagi gagal diselesaikan. Janjilah apa sahaja, namun segalanya tingga janji semata-mata. Sedangkan rakyat terus merana terutamanya tatkala ada kenduri kendara atau musim perayaan tiba. Anak menantu takut untuk balik ke kampung halaman masing-masing akibat "dihantui dengan masalah air" yang melanda. Kini, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dan mereka hanya mampu berserah mengarapkan simpati. Masalahnya, mereka tidak terdaya untuk mengajar puak-puak UMNO BN ini dalam setiap kali musim pilihanaraya. Marah akhirnya bertukar sayang seketika kepada BN dan Felda gara-gara diberikan "gula-gula pilihanraya". Selepas itu mereka merana menanggung sengsara akhirnya. Inilah senarionya yang berlaku sejak sekian lama. Soalnya sekarang, kenapa masalah ini gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang khasnya Felda itu sendiri. Masalah yang sama pernah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada tahun 2003 yang lalu. Ia melibatkan kawasan Felda di Wilayah Jengka. Janji kerajaan ia akan diselesaikan, namun kini hanya tinggal janji semata-mata. Kononnya masalah air dikawasan Felda berlaku akibat masalah saluran paip lama yang berkarat dan sudah tidak sesuai digunakan. Maka mereka mahu menukarkannya dengan saluran paip baru yang lebih berkualiti dengan anggaran mencecah RM2 bilion ketika itu.Dahulukan Projek Mega Daripada Nasib Rakyat
Soalnya, kenapa hingga kini gagal diselesaikan. Alasan diberikan peruntukan tidak mencukupi. Tetapi masalahnya, Felda mempunyai banyak wang dan mereka lebih rela menyusutkan rezab tunai melebih RM2 bilion sejak 6 tahun lalu. Kenapakah masalah rakyat begitu sukar diselesaikan, tetapi yang lain lebih didahulukan. Menara Felda, hotel dan projek-projek mega mereka agungkan dengan menggunakan duit peneroka tetapi kenapa masalah peneroka tidak mahu diselesaikan?. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bila kerajaan UMNO BN dan Felda laksanakan projek mega mereka ada pula duit. Namun begitu, bila mahu membela dan membantu rakyat mereka menggunakan berbagai alasan. Inilah dia dasar UMNO BN yang bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Laungan "rakyat didahulukan" hanyalah "omongan kosong" untuk semata-mata. Jika benar mahu dahulukan rakyat, kenapa sampai berpuluh tahun masalah air di Felda ini gagal diatasi. Anehnya, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar pula untuk menjual air ke Selangor, sedangkan rakyat sendiri menderita. Apakah kerana projek Empangan Klau itu harganya lumayan dan mereka menerima komisyen yang boleh dimakan hingga ke tujuh keturunan, maka itulah projek tersebut tetap mahu diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada sebahagian besar penduduk terutamanya masyarakat orang asli di situ. Inilah dasar mereka sebenarnya. Nasib rakyat "bagai telur dihujung tanduk" dan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Jika inilah caranya, memang wajarlah rakyat menolak BN dalam Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Mereka perlu diajar dan ditunjuk jalan pulang, jika rakyat mahukan perubahan nasib mereka.[Kami ucapkan tahniah dan syabas kepada Karam Singh dan krew-krew Aduan Rakyat TV3 kerana mereka yang lebih prihatin dengan masalah dan nasib rakyat daripada kerajaan UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Apa yang pasti, kini kerajaan negeri dan Felda jelas telah dimalukan oleh isu air tersebut. Namun, apakah mereka sedar dengan masalah ini?. Yang jelas mereka menekan rakyat ada lagi. Sudahlah air tiada, kini rakyat Pahang di kenakan pula caj kepala meter RM1-RM2 dan Subsidi Air yang membebankan. Subdisi diberi tetapi rakyat terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi dari sepatutnya apabila tarif air itu sendiri dinaikkan. Mereka mahu menipu rakyat dengan tindakan jahat ini sebenarnya. Memang menjadi kewajipan rakyat Pahang menjatuhkan kerajaan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum akan datang jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi buat selama-lamanya. Lakukanlah segalanya mulai sekarang !!].












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Padan muka lu orang, undi lagi UMNGOK ye, lu orang yang bagi undi pada UMNGOK memang jenis manusia BANGANG. Aku, daripada aku lahir sampai sekarang walau pun tak pernah beri undi pada UMNGOK tapi tetap hidup selesa kerana kepercayaan yang betul dan tak pernah berganjak kepercayaan aku walau seinci pun. Lu orang tau tak apa, sesungguhnya yang beri kita senang, selesa dan cukup makan hanyalah Allah S.W.T dan bukannya parti UMNGOK. Padan muka lu orang, hahaha..
Salam,
Masaalah tu bila takda air...itulah nasib orang kampung selamanya ketinggalan. Pengalaman saya bersekolah di Chenor apabila takda air kami terpaksa mandi di sungai pahang tahun 80an yg airnya keroh pada masa itu dan jauh dr sekolah. Tapi sekarang dah tahun 2010.
Azab2 rasanya.....sedih dan kesian mendangar masaalah mereka, moga Allah memelihara mereka. Apalagi takan tak faham-faham.....
SALAM..
Slogan 1MALAYSIA Najib Tuya,
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Betul ke slogan tu atau yang sebetulnya RAKYAT TERUS DIPERBODOHKAN, POKET SENDIRI YANG DIUTAMAKAN..
PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN 1MALAYSIA
SILA BERI SLOGAN 1MALAYSIA ANDA, PEMENANG AKAN MENERIMA HADIAH BERUPA PENERBANGAN PERGI BALIK KE MONGOLIA ATAU ISRAEL.
Kepada ahli keluargaku peneroka Felda...
Sebenarnya kita telah lama menduduki tanah itu dan sekarang sudah sampai ke genarasi kedua dan ketiga.
Pokok getah sudah ditebang dan ditanam semula. Pokok kelapa sawit juga ada yang sudah ditebang, dan ditanam semula. Ada juga yang belum ditebang cuma tunggu masa untuk tumbangkan.
Rumah asal sudah ditambah suai, dan ada juga yang ubah jadi seperti banglow. Dulu hanya ada basikal, kemudian digantikan dengan motosikal. Sekarang sudah ada yang memiliki kereta untuk kemudahan bergerak.
Banyak pekara yang telah berubah, tapi hanya satu saja tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang ialah cara berfikir.
Bila orang luar kata Felda bankrup kononnya orang luar itu buat fitnah alasannya selama ini peneroka felda tidak pernah kebulur kerana tak dapat makan. Bagaiman felda boleh bankrup..?
Malang sungguh peneroka felda, ada anak yang belajar sehingga kemenara gading tapi tidak pernah nak menerangkan maksud sebenar Felda bankrup.
Akibatnya dari peringkat datuk, bapak, anak dan cucu semuanya jadi bangang kerana diperbodohkan oleh pemimpin UMNO.
Wahai ahli keluargaku peneroka felda...
UMNO mencipta felda untuk membantu melayu miskin adalah tanggongjawabnya sebagai pemerintah yang kita sokong dulu.
UMNO melakukan begitu adalah kerana mereka mahu terus berkuasa sebagai pemerintah. Jika mereka tidak menguruskan kehidupan orang melayu menjadi lebih baik, bagaimana orang melayu boleh memberi sokongan padu kepada parti UMNO..?
Disebabkan sokongan itu menjadikan pemimpin UMNO bertambah angkoh dan sombong setiap kali bertukar pemimpin.
Tetapi sejak wujudnya parti pembangkan Pakatan Rakyat, kejahatan mereka ditegur, dikrtitik, dikeji... agar rakyat sama-sama nampak perbuatan lucah mereka disebalik program pembangunan yang sering mereka laung-laungkan.
Petua mengatakan jangan makan semut nanti otak jadi benak, tapi fakta mengatakan jangan makan rasuah nanti anak cucu jadi barua.
PDO...
ALA...KAT JENGKA PUN SAMA GAK.2x5 JER!!..ORG2 SINI DAH TAK ADA AIR MATA NAK NANGIS DAH!!
KAT JENGKA PUN ADUN ORG BN, MP PUN ORG BN...APA BENDA!!!
KATA NAK UTAMAKAN RAKYAT...TAK DE LANGSUNG PERUBAHAN TTG MASALH AIR KAT JENGKA NIH!!! SOKONG BN PUN SAMA GAK...CAKAP JER PANDAI!!!
alhamdulillah msia maju membangun tinggi setinggi gunung himalaya...
terima kasih umno terima kasih bn kerana bagi kami makan bg kami rezeki... hanya bn yg blh bg kami makan nasi setiap hari....aku syg bn exp. umno
hahahahahaha butuh punya ayat...ayat ayat murtad celaka laknat ciptaan UMNGOK utk memurtadkan seluruh mamat islam msia.
Kembalilah kpd islam sebenar wahai mamat islam msia jgn kamu mkn santau keramat jadah BN kerana kelak kamu akan binasa bersama keturunan kamu
Ini fakta, dalam bil tunjuk, ada subsidi dari kerajaan, tapi kira balik, rupanya kena bayar penuh rupanya. ini bil dari negeri pahang..haru betul
Kepada semua peneroka felda,
Percayalah masalah air ini akan berlaku kalau macam ni caranya BN memerintah.Undi untuk BN nak tapi Keperluan asas spt air pun tak boleh di uruskan.Wahai ahli parlimen Bera , turun padang tgok kwsan anda.Jangan sampai orang dah benci baru terhegeh2 nak jengok diaorang....30 tahun lebih.Cuba bayangkan.Apalah takdir nya nasib diaorang?Dari aku tak sekolah sampai anak aku bersekolah masalah air ni tak selesai2.dah bosan...
Huh... ader lagi......
ingat dah settle..
ingat satu maser dulu - dulu, tapi tak dulu sangat laaa...
kenduri ayor takdo ambil air paip beso kat simpang masuk tu..
neman abah teman ngambil...
sekarang dah kena kunci kot..
SALAM EDITOR PDO,
FELDA MAYAM DAN PURUN TERLETAK DALAM DUN GUAI, ADUN NYA YB. NOROL DARI UM NO....BUKAN YB LEONG NGAH NGAH
Post a Comment