script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Mahfuz, Timbalan Pengerusi SPR Si Wan Ahmad Wajar Di Pecat Kerana Sokong Kenyataan Pemuda UMNO Tanpa Merujuk Fakta Sebenarnya

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno “Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara “Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya. Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR. SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar. Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

[Semua ini membuktikan kepada kita bahawa SPR memang bersongkol dengan UMNO BN untuk memwujudkan satu keadaan tidak tenteram kepada rakyat. Kononnya, kaum Cina akan mengusai politik negara dan mahukan supaya orang Melayu majoritinya menyokong UMNO sebagai wadah perjuangan mereka. Seolah hanya mereka sahaja yang pandai memerintah negara ini. Malah tujuan kenyataan itu juga bagi mengalih pandangan rakyat agar melihat kaum Cina sebagai ancaman politik baru di Malaysia. Sedangkan mereka tahu bahawa UMNO BN sendiri pun bersubahat dan berkompromi dengan kaum Cina untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka di bumi Malaysia tercinta ini. Jahatnya Wan Ahmad kerana menyokong kenyataan UMNO tanpa merujuk kepada ketuanya sendiri. Beliau sememangnya tidak layak lagi untuk menjadi Timbalan Pengerusi SPR. Jika tidak Pakatan Rakyat pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar apabila terpaksa berhadapan dengan strategi jahat mereka dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Kita juga hairan bagaimana Pengerusi SPR juga terbabas cakap dengan mengatakan bahawa UMNO hanya mendaftar 7,000 pengundi manakala DAP pula berjaya mendaftar 14,000 dalam masa terdekat ini. Soalnya sekarang, masa bila pula mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi perlu nyatakan nama parti tersebut?. Terutamanya jika mendaftar di tempat-tempat awam atau di pejabat SPR sendiri. Bukankah ini juga satu kenyataan yang cukup meragukan oleh seorang penjawat awam seperti itu sebenarnya. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa itulah kerja pengkhianat SPR ini sejak dulu kini dan selamanya selagi tidak dibuat pembaharuan dalam badan bebas itu sendiri sebenarnya]

Share:

2 ulasan:

  1. Mahfuz cakap aje pandai,,,,,,cakap bolehlah mahfuz ooooiii

    BalasPadam
  2. Apa pulak Mahfuz cakap pandai. dan tentu media arus perdana keluarkan kenyataan Wan Ahmad SPR yg sokong pemuda UMNO kononnya nisbah Cina 40 dan Melayu 1 daftar sebagai pengundi. Tapi Pengerusi SPR nafikan dan kata hanya nisbah 2:1, maknanya Wan Ahmad PEMBOHONG dan TALI BARUT UMNO... sudah terang lagi bersuluh.... itu pun lagi mau tanya n kata Mahfuz cakap pandai.. Memang pandai pun..sbb nak buktikan SPR tu proksi dan komponan UMNO BN.. biar rakyat sedar skrg... puak UMNO jer bodoh dok sokong...hehhehehe

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.