Kemenangan Jozan dalam program Maharaja Lawak Mega 2012 mencetuskan kontroversi apabila Zizan sekali lagi dilihat mempersendakan imej "tokoh agama" untuk dijadikan bahan lawaknya. Jika di Kuala Terengganu, mungkin ia boleh diterima kerana penampilan aksi "ustaz" itu lebih menjurus kepada gaya "Ustaz Azhar Idrus" di mana Zizan pernah menjadi tetamu pendakwah terkenal itu dalam satu majlis Ambang Tahun Baru di Shah Alam dulu. Kini, Zizan walau pun cuma menaikkan imej "ulamak" di mata rakyat, namun ramai pihak yang tidak bersetuju dengan aksi tersebut. Soalnya, kenapa pihak Astro boleh membenarkan imej "ulamak" dijadikan bahan lawak oleh peserta Maharajalawak Mega?. Sebelum ini, dalam rancangan Raja Lawak, kumpulan Sepah juga dilihat menggunakan bahan agama untuk dijadikan lawak. Mereka menampilkan gaya pengacara rancangan "Semanis Kurma TV9" iaitu Ustazah Nor Bahyah Mahmood. Sepah berjaya menjadi juara Raja Lawak walau pun menampilkan aksi-aksi tersebut. Namun kini Zizan pula menampilkan aksi "orang agama" menjadi Juara Maharajalawak Mega 2013. Persoalannya, wajarkah imej tokoh agama dijadikan bahan lawak?. Zizan mula mengayakan aksi tersebut selepas pasagannya Johan tidak dapat beraksi ketika siaran langsung dari Kuala Trengganu baru-baru ini. Ketika di Trengganu, mungkin ia tidak menimbulkan persepsi yang terlampau buruk, kerana Ustaz Azhar berasal dari negeri itu sebenarnya. Namun, pada kasi final malam kelmarin, jelas sekali cubaan memperlekehkan imej ulamak dan tokoh agama seperti sengaja dibuat-buat. Malah, Johan dengan bangganya mendakwa "dah lama tak pukul orang berjanggut". Kenyataan yang dibuat oleh Johan yang menampilkan imej Awie jelas sekali satu penghinaan terhadap orang agama. Walau pun "rock" tidak ada mana-mana orang agama yang diajak bertumbuk oleh golongan terbabit. Johan juga cuba mengaitkan Awie dengan imej "samseng", hinggakan golongan agama pun mahu diajak bertumbuk. Bukankah ini satu tindakan yang tidak wajar. Johan dan Zizan harus lebih berhati-hati dalam membuat lawak jenaka walau pun mereka mahu mengejar kejayaan memenangi wang ringgit yang ditawarkan penganjur.
[Diharap, semua ini akan menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan agar lebih berhati-hati selepas ini. Tindakan menggunakan imej agama dalam lawak jenaka, walau pun ia untuk suka-suka namun agak keterlaluan. Malah, kumpulan Shiro juga dilihat menghina "tanah kubur" apabila berjoget dan menyanyi di situ (walau pun ia hanya khayalan mereka). Malah, Shiro juga ada menyebut "kerja gali kubur kerja mulia, sebab kerja dengan orang mati... orang mati tak mintak apa-apa dari kita". Ini satu kenyataan yang tidak wajar sebenarnya. Ia satu perbuatan yang jelas memalukan umat Islam. Kenapa pihak Astro tidak menghalang adengan sebegini?. Melawak ada kalanya perlu, namun lawak yang menghina adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak boleh dimaafkan. Meniru aksi tokoh agama melawak ketika menyampaikan kuliah berbeza dengan membuat lawak untuk mencari keuntungan duniawi. Oleh itu, usahlah gunakan agama untuk tujuan melawak kerana ia boleh menimbulkan kontroversi dan persepsi buruk dikalangan orang bukan Islam terhadap agama itu sendiri secara keseluruhannya. Maka, semua pihak ambillah ikhtibar di atas kejadian ini agar ia tidak akan berulang lagi nanti].







kalu nggaji dok tinggi..kok mne pung mesti aadaa hok dok kkene...kalu bodo..bodo ssituu lah...guane gamok?
BalasPadam