script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Spekulasi: Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib?

KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau. Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.

Najib Razak Keluar Dari Istana Negara

KUALA LUMPUR (Berita Hairan) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.

Abdullah Ceria Keluar Dari Istana Negara

KUALA LUMPUR (Utusan Meloya) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara pada pukul 10.55 pagi selepas meluangkan masa selama 55 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Abdullah menaiki sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif kelihatan ceria dan melambaikan tangan kepada kira-kira 80 petugas media yang menunggunya di pintu masuk Istana Negara.

Abdullah Menghadap Agong Serah Surat

KUALA LUMPUR (Tak Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini].

Share:

27 ulasan:

  1. Pembohong! memang pandai engko orang buat spekulasi yer!

    BalasPadam
  2. aku tak kesah kalau berita ni betul atau tidak.

    tapi harap ianya betul.

    kah kah kah

    BalasPadam
  3. waris pahang, nampaknya lepas ni pahang tak de warislah..wakakakaka

    BalasPadam
  4. Daulat Tuanku!!!Daulat Tuanku!!!
    Tuanku Mizan mmg seorg raja yg memahami kehendak rakyat.

    BalasPadam
  5. Apabila kamu melantik pemimpin yang bukan ahlinya,tunggulah saat kebinasaannya.

    BalasPadam
  6. TERIMA AJE LE WAHAI PRO PEMBANGKANG BAHAWASANYA TEORI RAHMAN ITU ADA BENARNYA.TAK PAYAH NAK BERSPEKULASI LAGI MEMANG NAJIB AKAN NAIK JADI PM YANG KE-6 KAU TUNGGU AJE LE.TENGOK DULU ANWAR, TAK JADI PM DOLLAH NAIK SEKARANG SAPA NAK NAIK SELAIN DARI NAJIB TAKAN NOH OMAR KE? NAZRI AZIZ KE? NIZAR LAGI TAK BOLEH SEBAB BELUM JADI MP.SAPA?SAPA LAGI YANG LAYAK?SAPA YANG MENDAPAT SOKONGAN PENUH AKAR UMBI?HIDUP NAJIB HIDUP KSU NEGARA HIDUP ORANG PEKAN MOGA PEKAN BAKAL MENJADI SEBUAH KOTA METROPOLITAN YANG SERBA CANGGIH.KWN SOKONG ORG PEKAN JE JADI ORG BESAR NEGARA.

    ORG PEKAN

    BalasPadam
  7. fakta atau Auta -biar rakyat kpd Sultan yang menentukan

    BalasPadam
  8. harap-harap ada sidang media petang ini juga untuk maklumkan hasil dalam majlis mengadap YDP Agong..rakyat menunggu..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..Rakyat yang menderita pastinya akan bergembira dengan berita ini sekiranya ia benar-benar terjadi..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku..Daulat Tuanku

    BalasPadam
  10. anak tiri setiausaha agongKhamis, April 02, 2009 3:06:00 PTG

    terima lah qada dan qadar allah
    sesungguhnya pasti ada kelebihan atas apa yang ditakdirkan.

    alhamdulillah. amin.

    BalasPadam
  11. nanti adalah tu yang akan kata menderhaka kepada raja pulak..

    BalasPadam
  12. inilah yang dikatakan Raja Adil,Raja Bijaksana..Daulat Tuanku

    BalasPadam
  13. BERITA PANAS:

    Najib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.

    BalasPadam
  14. BERITA PANAS:

    Najib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.

    BalasPadam
  15. Kalau pergi Mongolia,jawabnya jadi arwah le tok jib..

    BalasPadam
  16. BERITA PANAS:???????

    Najib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.

    IKUT SUKA KAU JE BERCAKAP YA????

    Klik sini:
    http://ikutsukakau.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. Habis tu, sekarang ni malaysia takde PM lah?

    BalasPadam
  18. BERITA PANAS:???????

    Najib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.

    IKUT SUKA KAU JE BERCAKAP YA????

    Klik sini:
    http://ikutsukakau.blogspot.com/

    BalasPadam
  19. Siapa-siapa pun tak ap asalkan jangan tok jib sebab tok jib dah bela hantu.

    BalasPadam
  20. org pdo ni tak ada keja lain...asyik2 berita panas yg di rekacipta sdn bhd. tak yah la dok tambah byk dosa sgt la... awak ni org tua ke muda erk... tapi tak kira la tua ke muda... ajal bila2 masa aje boleh tiba...takut tak dan mengucap or bertaubat... fikir2 la sendiri...

    BalasPadam
  21. Apa punya blog da..blogger ni gembira apabila negara ni akn jadi kucar kacir. Motifnya tak lain tak bukan nak menjahanamkan negara, tak kira dgn apa cara jua..Blogger yg tak konstruktif dan tiada inisiatif dan kreatif utk menyumbang idea bagaimana nak memajukan negeri/negara. Asyik mengutuk, dengki khianat sesama bangsa dan agama..Insaflah!

    BalasPadam
  22. pemimpin2 yg terlibat dgn rasuah tu sbnr'a menghancurkan negara...

    BalasPadam
  23. erm satu lagi pembohongan yg dilakukan oleh pdo ni... kata agung tak pekenan utk najib angkat sumpah...tapi berita lain pula citer... apa kehe ni

    BalasPadam
  24. sesiapa pun bole jadi PM Malaysia yg ke-6....asalkan dia ada sifat berseh cekap amanah

    BalasPadam
  25. Seronok dpt PM baru esok tapi lagi seronok dpt bini baru huh

    BalasPadam
  26. boduh punya pembangkang..terang2 kena kencing..tapi takpa, takbirrr!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Perlulah Memahami Perubahan Politik Menjelang PRU-16 Ketika Kekuatan Di Susun Semula Dan Sokongan Rakyat Telah Berubah

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memahami perubahan politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) ketika kekuatan politik sedang disusun...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.