KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau. Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.Najib Razak Keluar Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR (Berita Hairan) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.
Abdullah Ceria Keluar Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR (Utusan Meloya) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara pada pukul 10.55 pagi selepas meluangkan masa selama 55 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Abdullah menaiki sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif kelihatan ceria dan melambaikan tangan kepada kira-kira 80 petugas media yang menunggunya di pintu masuk Istana Negara.
Abdullah Menghadap Agong Serah Surat
KUALA LUMPUR (Tak Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.
[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini].






Pembohong! memang pandai engko orang buat spekulasi yer!
BalasPadamaku tak kesah kalau berita ni betul atau tidak.
BalasPadamtapi harap ianya betul.
kah kah kah
waris pahang, nampaknya lepas ni pahang tak de warislah..wakakakaka
BalasPadamDaulat Tuanku!!!Daulat Tuanku!!!
BalasPadamTuanku Mizan mmg seorg raja yg memahami kehendak rakyat.
Apabila kamu melantik pemimpin yang bukan ahlinya,tunggulah saat kebinasaannya.
BalasPadamTERIMA AJE LE WAHAI PRO PEMBANGKANG BAHAWASANYA TEORI RAHMAN ITU ADA BENARNYA.TAK PAYAH NAK BERSPEKULASI LAGI MEMANG NAJIB AKAN NAIK JADI PM YANG KE-6 KAU TUNGGU AJE LE.TENGOK DULU ANWAR, TAK JADI PM DOLLAH NAIK SEKARANG SAPA NAK NAIK SELAIN DARI NAJIB TAKAN NOH OMAR KE? NAZRI AZIZ KE? NIZAR LAGI TAK BOLEH SEBAB BELUM JADI MP.SAPA?SAPA LAGI YANG LAYAK?SAPA YANG MENDAPAT SOKONGAN PENUH AKAR UMBI?HIDUP NAJIB HIDUP KSU NEGARA HIDUP ORANG PEKAN MOGA PEKAN BAKAL MENJADI SEBUAH KOTA METROPOLITAN YANG SERBA CANGGIH.KWN SOKONG ORG PEKAN JE JADI ORG BESAR NEGARA.
BalasPadamORG PEKAN
fakta atau Auta -biar rakyat kpd Sultan yang menentukan
BalasPadamharap-harap ada sidang media petang ini juga untuk maklumkan hasil dalam majlis mengadap YDP Agong..rakyat menunggu..
BalasPadamAlhamdulillah..Rakyat yang menderita pastinya akan bergembira dengan berita ini sekiranya ia benar-benar terjadi..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku..Daulat Tuanku
BalasPadamterima lah qada dan qadar allah
BalasPadamsesungguhnya pasti ada kelebihan atas apa yang ditakdirkan.
alhamdulillah. amin.
nanti adalah tu yang akan kata menderhaka kepada raja pulak..
BalasPadaminilah yang dikatakan Raja Adil,Raja Bijaksana..Daulat Tuanku
BalasPadamBERITA PANAS:
BalasPadamNajib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.
BERITA PANAS:
BalasPadamNajib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.
Kalau pergi Mongolia,jawabnya jadi arwah le tok jib..
BalasPadamBERITA PANAS:???????
BalasPadamNajib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.
IKUT SUKA KAU JE BERCAKAP YA????
Klik sini:
http://ikutsukakau.blogspot.com/
Habis tu, sekarang ni malaysia takde PM lah?
BalasPadamBERITA PANAS:???????
BalasPadamNajib akan di usir ke Negara Mongolia dan bakal menjadi PM Mongolia.
IKUT SUKA KAU JE BERCAKAP YA????
Klik sini:
http://ikutsukakau.blogspot.com/
PM masih Pak Lah @ mr clean.
BalasPadamSiapa-siapa pun tak ap asalkan jangan tok jib sebab tok jib dah bela hantu.
BalasPadamorg pdo ni tak ada keja lain...asyik2 berita panas yg di rekacipta sdn bhd. tak yah la dok tambah byk dosa sgt la... awak ni org tua ke muda erk... tapi tak kira la tua ke muda... ajal bila2 masa aje boleh tiba...takut tak dan mengucap or bertaubat... fikir2 la sendiri...
BalasPadamApa punya blog da..blogger ni gembira apabila negara ni akn jadi kucar kacir. Motifnya tak lain tak bukan nak menjahanamkan negara, tak kira dgn apa cara jua..Blogger yg tak konstruktif dan tiada inisiatif dan kreatif utk menyumbang idea bagaimana nak memajukan negeri/negara. Asyik mengutuk, dengki khianat sesama bangsa dan agama..Insaflah!
BalasPadampemimpin2 yg terlibat dgn rasuah tu sbnr'a menghancurkan negara...
BalasPadamerm satu lagi pembohongan yg dilakukan oleh pdo ni... kata agung tak pekenan utk najib angkat sumpah...tapi berita lain pula citer... apa kehe ni
BalasPadamsesiapa pun bole jadi PM Malaysia yg ke-6....asalkan dia ada sifat berseh cekap amanah
BalasPadamSeronok dpt PM baru esok tapi lagi seronok dpt bini baru huh
BalasPadamboduh punya pembangkang..terang2 kena kencing..tapi takpa, takbirrr!
BalasPadam