Kunjungan PM Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini telah menempa sejarah buat puak-puak UMNO disitu. Masing-masing kini mula bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan, biar pun mereka tahu riwayat politik UMNO kini sudah hampir ke penghujungnya. Duduklah dimana-mana kedai kopi sekali pun, pasti ramai yang benci kepada UMNO. Bukan dek kerana parti, tetapi kerana kesilapan individu yang dipilih sebagai pemimpin itu sendiri. Di Jerantut misalnya, kelibat ADUN Tahan Wan Amizan (foto) amatlah tidak digemari oleh puak-puak UMNO di sana. Wan Amizan dilihat pemimpin yang banyak menjahanamkan nama UMNO di Jerantut. Malah, beliau dilihat banyak mengumpul harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Terdapat maklumat daripada "Broker Saham" yang menjadi "Remiser" kepada Wan Amizan, bahawa ADUN itu mempunyai aset berupa saham-saham yang mencecah ke angka RM10 juta. Soalnya, dari mana beliau memperolehi semua itu?. Jika tidak kerana kerjanya merompak hasil mahsul rakyat di daerah itu, masakan anak peneroka Jengka 12 itu boleh semewah itu. Perangainya yang gemar membeli mana-mana musuh politiknya itu, jelas sekali tidak digemari oleh pemimpin UMNO Jerantut. Malahan, terdapat desakan akar umbi Pemuda UMNO Jerantut agar namanya dikeluarkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Desakan itu kini semakin membara, bahkan terdapat sumber mengatakan jika UMNO Jerantut tidak membuat perubahan besar maka ada kemungkinan kerusi Parlimen Jerantut bakal jatuh ke tangan pembangkang. Rasional ini dikuatkan lagi dengan jumlah undi majoriti yang dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. BN hanya diselamatkan oleh DUN Pulau Tawar, jika tidak sudah pasti Jerantut menjadi parlimen ketiga yang berjaya ditakluki pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Terdapat banyak dakwaan bahawa ada pemimpin muda UMNO yang mahu menjatuhkan Wan Amizan di Jerantut sekarang ini. Mereka sedang melakukan agenda terancang ke arah itu. Jentera pihak terbabit kini sudah bersedia ke arah itu, dan sudah pasti Wan Amizan bakal dibenamkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan pula, ADUN Tahan itu dilihat tidak sesuai untuk memimpin serta membawa perubahan generasi baru.[Mahu atau tidak pucuk pimpinan tertinggi UMNO negeri perlu korbankan Wan Amizan jika tidak mahu kerusi parlimen Jerantut jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya apakah Wan Amizan boleh berdiam diri dengan gerakan dalaman yang mahu menghancurkan periuk nasinya itu?. Beliau sebenarnya sudah tahu pemimpin yang mahu menjatuhkan beliau itu. Namun, berjayakah dia berhadapan dengan pemimpin terbabit agaknya. Apapun, harus diingat bahawa Wan Amizan punyai wang dan pengaruhnya yang tersendiri. Biar pun dia kelihatan turun naik pejabat hutan di Kuantan, namun dia pandai mengagih-agihkan rezeki yang diterimanya itu. Malah, kes beliau melarikan anak peneroka Padang Piol secara paksa untuk dibuat bini masih diperkatakan orang hingga ke hari ini. Kenapakah Wan Amizan tergamak menggunakan kekuatannya untuk merampas kebahagian orang lain. Pelajar yang mahu meminta sokonganya telah dipaksa menjadi isteri kedua beliau yang menyebabkan keluarga mangsa terbabit kini trauma dan kecewa. Itulah dia bukti kejahatan Wan Amizan ini yang heboh diperkatakan orang sebenarnya]. Info lanjut sila klik SINI






tak maunye syeikh!
BalasPadampuak2 UMNO ni mana pernah pegang pada janji!!
kalaulah mamat tu jadi calon sekali lagi.. mula2 memang jadi kecoh kejap..
lama-lama dah dekat2 nak pilihanraya.. duit dah mahsyukkk!!
united la balik depa tuh!!!
wakakakak!
macam tak tahu perangai UMNO...
dia ni mcm mcm syarikat ada, x caya pegi cek kat SSM...
BalasPadambiar pi la kat dia, dia ni melayu macam kita jugak, bangsa lain lagi banyak syarikat, sebab apa tak check kat SSM.
BalasPadamni la orang melayu, nak senang sikit pun dah dengki, aku ni pembangkang jugak, tapi bab orang melayu nak berniaga aku akan sokong 100% tak kisah dia parti apa.
dulu pas jadi adun tahan, lanie umno, biar lepasni pkr pulak kot.
melayu kena sokong la melayu, biar parti apa pun, tengok bangsa lain mereka seiring dalam memajukan bangsa mereka, sebab tu, kebanyakan kedai2 didalam bandar2 dimalaysia dimonopoli olih kaum china, kita melayu hanya dok berniaga bawah kanopi sahaja, bangsa lain dok dipasaraya2 besar dan kedai2 yang selesa.
fikir2lah bangsaku, walaupun hanya sementara sahaja insafnya, lepas itu kembali dengan pemikiran lebih suka jadi kuli..
melayu pertengahan>> hang nii akai ada ka...Melayu kalau dah merompak hak rakyat.. nak dibiarkan ker... Cina kalau adil kepada semua rakyat nak dikutuk ker.... Konon biarkan bangsa Melayu berniaga..jgn dengki....Masalah ekonomi dan perniagaan di bandar di monopoli oleh bangsa lain, kerana UMNO BN bodoh..Dasar x betul..DEB x kena pada sasaran..akhirnya Melayu jadi hamba ekonomi di bumi sendiri..padan muka hang..dok sokong lagi Melayu perompak mcm Wan Amizan tuu..pk2 lar sikit weyy
BalasPadammelayu pertengahan:- aku bukan dengki kat dia nak berniaga dan punya syarikat besar2,tp dia nama dalam syarikat je dia yg punya,lps tu dah dpat mohon tanah tak kira org kg mintak tanah tu dia sapu je, lps tu bg plak kat bangsa lain buat tanam sawit,kau jgn jd bangang sgt melayu pertengahan,dah byk mana tanah org kg kat Dun Tahan tu terlepas kat tgn bangsa lain??kau pegi la cek kat PTD Jerantut,aku cerita ni ada fakta...bkn cerita membabi buta..
BalasPadam