script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Misteri Lubuk Yu, Benarkah Enam Penyelamat Mati Kerana Jangkitan Leptospirosis !

MARAN 10 Julai - Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu (foto), dekat sini dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu. Kesemua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai. "Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dua lagi di rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu hari ini.

[Pendedahan oleh Menteri Kesihatan ini sebenarnya tidak langsung memberi kesan kepada penduduk setempat. Malahan mereka lebih percaya bahawa kesemua mereka telah terkena gangguan makhluk halus (orang bunian). Lubuk Yu memang terkenal dengan kawasan rekreasi yang cukup menarik di daerah ini, namun kini lokasi itu semakin tercemar akibat perbuatan maksiat dikalangan remaja yang menjadikan lokasi itu sebagai "pot" mereka. Maka, akhirnya ia menimbulkan kemarahan mahklus halus yang mendiami kawasan itu. Apapun, solat hajat dan segala usaha sedang dilakukan bagi memulihkan keadaan. Adalah dikhuatiri ramai lagi yang akan menjadi mangsa jika perkara ini tidak dapat diatasi segera. Kenyataan menteri berkenaan hanyalah berasaskan ilmu sains dan perubatan semata-mata].

Share:

13 ulasan:

  1. Baik dr bunian... nanti kita ronda cegah maksiat ya...

    BalasPadam
  2. la...apa la mentaliti akidah sebegini?kalau hanya kerana pelaku maksiat buat maksiat mengundang kemarahan kalangan jin lalu dibunuh oleh puak jin, knapa tiada pula yg mati dibandar2,kelab2 malam, disko2,rumah pelacuran, dn mcm2 lagi tempat maksiat?yg perlu diingatkan ialah kematian suatu yg pasti dan ketentuan Allah jua..

    BalasPadam
  3. PDO kan kurang cerdik..kalau macam 2, kita hapuskan hospital..

    BalasPadam
  4. beriman pd yang ghaib sebahagian dari iman..

    BalasPadam
  5. PDO, ajal maut ALLAH SWT yg menentukannya, bknnya org bunian..itu kena perbetulkan.

    BalasPadam
  6. salah satu dr perkara yg boleh membatalkan iman ialah KHURAFAT dan SYIRIK iaitu percaya pd makhluk selain ALLAH boleh memudarat dan memberi manfaat. Taubat lah sedara awok dah hampir tergelincir mengikut ilmu kawan lahh. Mati dan ajal ketentuan Allah. Habis ngapa pelacur, mak nyah dan gay kat lorong Hj Taib tu tak de yg mati dalam mengerikan... mentaliti mcm org tak sekolah.. ada akai ka???

    BalasPadam
  7. Kencing tikus ke atau kencing + taik ladang babi/ khinzir dari hulu tu... cuba check betoi2 no... kan dah jadi dulu dulu tu, beratus orang pi tak akan kembali lagi...

    BalasPadam
  8. komen pdo mengenai kesangsian terhadap punca kematian mangsa jankitan meliodosis dan leptospirosis jelas menunjukkan yang minda dan intelektual mereka yang masih cetek.. Penat pihak Hoshas bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa pesakit senang2 je anda nak persoalkan punca kematiannya? cubala buat komen yang membina minda sket.. malula..

    BalasPadam
  9. ini lah akibatnya kalau asyik nak berpolitik. asal statmnt tu dtg dari musuh dia akan dipangkahnya habis2an. sampai benda2 mcm ni pon nak jd modal politik. yg tersiratnya aku rasa pdo ni nak kabo krjan bn bnyk galak maksiat so ni kira bala dr org bunian la. haduhhh open mindedla skit..

    BalasPadam
  10. ini lah akibatnya kalau asyik nak berpolitik. asal statmnt tu dtg dari musuh dia akan dipangkahnya habis2an. sampai benda2 mcm ni pon nak jd modal politik. yg tersiratnya aku rasa pdo ni nak kabo krjan bn bnyk galak maksiat so ni kira bala dr org bunian la. haduhhh open mindedla skit..

    BalasPadam
  11. tu pendapat PDO, x salah pun nak bagi pendapat. mcm ni la, cuba sndaikan anda baring ditengah jalan raya dan dtg lori balak langgar. mati tak rasenye? habis tu takkan hidup mati ditentukan oleh lori balak? maksud PDO tu tersirat... tu je kesimpulannye....

    BalasPadam
  12. Saya adalah salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran Lubuk Yu. Dulu masa kecil2, Lubuk Yu adalah tempat kami ( org Felda )mencari ikan sebarau, udang dan sebagainya. Kawasan ini dulu sunyi sepi. Tenang. Bukan seperti sekarang. Dulu nak masuk Lubuk Yu pun susah. Kene tinggal motosikal jauh daripada anak sungai. Kami boleh pergi dan balik sesuka hati. Kami boleh mandi manda sesuka hati tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini. Kawasan tepi sungai di situ kadang2 terdapat pekebun cina menanam sayur, tembikai, limau dan macam2 lagi. Meriahlah kawasan 2. Sebelum Lubuk Yu terkenal, ada lagi kawasan yang menarik iaitu Sg Jempol. Tapi, apabila Lubuk Yu dibuka dan diturap jalan masuk ke sana, kira moden sikit dari dulu, maka Sg Jempol sudah tiada berfungsi lagi. Walhal, masa saya kecil2 dulu, Sg Jempol la tempat nak mandi manda, berkelah, tempat rileks org Felda yang berhampiran di situ. Nak memancing ikan. Nak panggang ayam. Best lah Sg Jempol ketika itu. Tapi bila muncul Lubuk Yu dimodenkan sikit, Sg Jempol langsung tenggelam namanya. Tapi bak kata penulis blog nie, mungkin maksiat berleluasa di situ iaitu di Lubuk Yu, ada benarnya juga. Tapi nak salahkan mereka 100 peratus tak boleh juga kerana, budak Felda sekarang sudah jauh ketinggalan dan tiada kegiatan atau aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya terdapat waktu lapang. Jadi, melempiaskan nafsu adalah salah satu kegiatan yang sinonim dengan kegiatan harian mereka. Bukan setakat itu sahaja, gejala dadah juga menjadi satu kegiatan biasa di Felda. Keluar masuk lokap dan penjara adalah perkara biasa saja. Sepatutnya, dua2 tempat ini boleh dijadikan kawasan pelancongan yang menarik dan boleh menjana pendapatan penduduk Felda di situ. Walaupun jauh dari bandar seperti Bandar Kuantan, Bandar Temerloh tapi, kedua2 tempat ini boleh menjadi satu kawasan yang menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang mahu menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. Tapi sayang, sekarang tempat itu akan ditutup sementara siasatan atau kajian dilakukan terhadap punca kematian yang kerap berlaku di situ. Kepada mereka yang berminat untuk mencari ikan atau menembak ikan dalam air, Sg Jempol dan Lubuk Yu adalah tempat yang sesuai kerana kejernihan airnya begitu meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya. Ok, selamatkan sungai kita.

    Teringat masa dulu2...belajar terjun 'tirup'. Terjunan tak menjadi, dada merah menyala. Jangan lupa, ikan buntal pun selalu jugak gigit kaki. Itu semua memori yang tak mungkin dilupakan.

    BalasPadam
  13. Anonymous said...
    tu pendapat PDO, x salah pun nak bagi pendapat. mcm ni la, cuba sndaikan anda baring ditengah jalan raya dan dtg lori balak langgar. mati tak rasenye? habis tu takkan hidup mati ditentukan oleh lori balak? maksud PDO tu tersirat... tu je kesimpulannye....

    Monday, July 12, 2010 11:35:00 PM

    saudara yang dirahmati Allah..
    untuk memberikan pendapat, ianya tidak la salah..namun, apabila pendapat yang diberikan menyalahi aqidah dalam soal kematian (yg menghidupkan,yg mematikan, yg memberi rezeki, yg menentukan qadar sama ada baik atau buruk adalah Allah..dan asbab kematian seperti yg dinyatakan iaitu tindakbalas puak jin atas kemaksiatan yg berlaku bukanlah termasuk i'tikad ahli sunnah wal jamaah pun), maka itulah yang ditegur..malah, analogi saudara juga ternyata menyalahi konsep maqasid syarak iaitu menjaga nyawa...kalau dah mmg sengaja duduk baring tengah jalan, mmg la mati dilanggar lori balak atau kenderaan lain..kami tak nampak di mana kewajaran pendapat itu diketengahkan..mungkin saudara boleh bantu kami memahaminya..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.