script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi, Petanda Awal PKR Pertahankan Parlimen Itu Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Makin Cerah !

Nampaknya UMNO Kuantan begitu teruja untuk merampas semula kerusi parlimen Kuantan dalam pilihanraya umum akan datang. Susulan daripada itu mereka mahukan hak semula agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh Fuziah Salleh (PKR) menawaskan Fu Ah Kiow (MCA) dengan majoriti melebihi satu ribu undi. Kekalahan itulah adalah satu tamparan hebat buat BN, kerana parlimen Kuantan adalah merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama. Namun, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan penuh kontroversi pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Terdapat maklumat mengatakan pemimpin UMNO Kuantan begitu marah dan mengamuk bila kerusi parlimen itu diserahkan kepada MCA ketika itu. Malah ada yang bertindak menyerang rumah Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek. Semua ini dek kerana geram dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Adnan Yaakob tentang perkara itu. Fu Ah Kiow bernasib baik kerana menang dalam pilihanraya umum selepas itu, menewaskan calon yang sama dari PKR iaitu Fuziah Salleh (foto). Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri dalam kabinet BN. Namun, pilihanraya umum lalu (2008) beliau tiba-tiba tewas sedangkan ketiga-tiga DUN dalam parlimen Kuantan dimenangi oleh BN iaitu DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tg.Lumpur . Inilah yang memuyskilkan puak-puak MCA sebenarnya. Terdapat sumber mengatakan kekalahan Fu Ah Kiow adalah kerana beliau mengeluarkan nama Ti Lian Ker daripada senarai calon MCA dalam PRU-12 itu. Lantaran marah dengan perbuatan tersebut, maka Ti Lian Ker telah mengarahkan jentera dan orangnya pastikan Fu Ah Kiow tertewas. Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengamuk di pejabat MCA bila mengetahui namanya tidak tersenarai sebagai calon. Namun, ada laporan mengatakan Fu Ah Kiow tewas dek kerana penyokong UMNO membuat undi protes terhadapnya. Strategi itu dilakukan bagi membuktikan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar kerusi itu wajar diserahkan semula kepada UMNO. Namun, mereka lupa kemenangan PKR itu adalah dek kerana suara rakyat sebenarnya.

[Lantaran itulah kita tidak hairan UMNO Bahagian Kuantan membawa usul agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu semalam. Soalnya sekarang, apakah MCA akan berdiam diri dengan usaha tersebut?. Sudah pasti mereka akan mempertahankan kerusi tersebut untuk parti berkenaan. Bagi MCA, kemenangan dan kekalahan adalah ada dalam pertandingan. Namun, jika MCA masih mengekalkan kerusi itu jelas sekali ia akan memberi kemenangan yang lebih besar kepada Fuziah Salleh dalam PRU-13 nanti. Sudah pasti ramai penyokong UMNO tidak akan mengundi BN kerana memprotes keputusan tersebut. Tambah perit lagi, jika UMNO merampas kerusi itu dari MCA. Ia juga akan memberi peluang kepada Fuziah Salleh meneruskan kesinambungannya membela rakyat disitu. Tambahan pula, majoriti kaum Cina sekarang ini memang realitinya menolak BN mutakhir ini. Maknanya kekuatan Pakatan Rakyat disitu pasti akan bertambah, sama seperti zaman UMNO dan parlimen Kuantan dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dulu].

Share:

9 ulasan:

  1. kalau nak tau Fauziah Salleh ni sama cm pemimpin UMNGOK juga.. Sombong dan x ambil peduli pengundi yg mengundi di kawasannya, dia dtg bila time nak mengundi je, puok2 PKR & UMNGOK ni mmg sama je hampehhh....

    BalasPadam
  2. Camtu ceritonya.Isy...isy...isy.Cobaan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b.t..

    Wahai penyokong2 UMNO dan BN yang baca blog PDO, berilah undi anda kepada parti pembangkang pada PRU 13 yang akan tiba tak lama lagi. Kita tunggu dan lihat bagaimana pembangkang mentadbir Malaysia, adakah lebih baik dari parti kita atau sebaliknya, 5 tahun bukan jangka masa yang lama..

    yang benar,

    Ahli UMNO seumur hidup.

    BalasPadam
  4. W'salam..

    Aku mewakili golongan pengundi atas pagar bersetuju 100 peratus dengan cadangan saudara di atas.

    BalasPadam
  5. lelubies..Fuziah Salleh ler YB yg slalu turun padang..tiap2 minggu jengok rakyat..tapi irg umno mana ada jemput dia..dah tu nak nmpak mcm mana..dia nak rasmi program kat Padang MPK pun org umno tak kasi..memang tak nampak ler batang idung dia tuu..tak kan benda mcm tu pun x bleh nak baca sejarah...hehehe

    BalasPadam
  6. umnokuantan:- aku ni org PKR gok, doh puas nak jumpa dia,mcm2 alasan geng2 dia bagi, kalau aku ni puok UMNGOK aku x kisah sb mmg puok UMNGOK x kn jemput dia, aku ni la tlg pasang bendera ms nak PRU 12 dulu,kalau aku bg nama aku mmg dia ingat tp, tu la aku ckp Fuziah ni mcm puok2 UMNGOK juga sama-sama hampehhh..bkn x bc sejarah tp pengalaman yg mengajar aku...

    BalasPadam
  7. Bagi aku pengundi umno, pas, pkr, dap
    adalah orang yang waras.

    Pengundi atas pagar adalah pengundi Haram, mereka inilah musuh dalam selimut, api dalam sekam dan kawan makan kawan, patut mereka ini kena hukum pancung.

    BalasPadam
  8. Yang aku tau, atok aku ceriter kan aku, yang duduk atas pagar ni, hanyalah spesis hantu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.