Susulan temubual ekslusif Cable News Network (CNN) dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Maka berbagai persepsi negatif yang diluahkan oleh pemimpin UMNO BN susulan temubual eksklusif ini. Kononnya Anwar membayar sejumlah wang agar CNN menemubual beliau dan berbagai lagi tuduhan yang dilemparkan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Semua berpunca akibat rasa tidak senang kerana CNN memberi ruang dan pengikhtirafan terhadap Anwar, sedangkan beliau sendiri dihina di negara sendiri oleh puak-puak UMNO BN. Oleh itu mereka merasa amatlah tidak adil CNN menemubual seorang penjenayah dan manusia seperti Anwar. Namun, kini ternyata masyarakat antarabangsa lebih memandang mulia kepada Anwar berbanding Najib sebenarnya. Lantaran itulah mereka lebih berminat untuk mendapatkan pandangan Anwar tentang apa yang berlaku terhadap dirinya, berbanding mendapatkan komen Najib terhadap isu tersebut. Media antarabangsa lebih memahami situasi apa yang berlaku dalam politik di Malaysia. Mereka tahu bahawa kerajaan yang ada kini sudah ditolak oleh rakyat. Cuma, kerajaan itu masih memerintah gara-gara talian hayat yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang merupakan komponen BN itu sendiri sebenarnya. Malah, mereka juga tahu bahawa kerajaan bertindak khianat dan zalim kepada rakyat sendiri dengan menafikan berbagai hak dalam sebuah negara demokrasi. Mereka juga tahu Malaysia kini sudah menjadi negara "kuku besi" dimana kuasa hanya dipusatkan kepada golongan pemerintah semata-mata, sedangkan rakyat dihalang untuk menyatakan pendapat dan menyuarakan hak-hak mereka. Jika "menentang arus" pasti akan ditangkap, ditahan dan diperlakukan sesuka hati termasuk dimasukkan ke dalam penjara sebagai Tahanan ISA. Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya selagi UMNO BN terus memerintah. Oleh itulah mereka melihat bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap amalan demokrasi di negara ini, bukan seperti yang digambarkan.Lantaran itu jugalah, CNN lebih berminat untuk menemubual Anwar daripada Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Ini kerana, mereka tahu dan mengikuti rentetan perjalanan politik tanahair yang jelas sekali menyeleweng dan perlu diperbetulkan. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Namun, realiti itu tidak dapat diterima oleh mereka. Maka itulah mereka tidak sanggup melihat Anwar diberi penghargaan sedemikian rupa oleh media antarabangsa yang cukup terkenal itu. Kasihan benar melihat puak-puak UMNO gila meroyan ini, dan paling melucukan ada pula pemimpin UMNO yang menghentam CNN kononnya soalan-soalan yang dikemukan tidak relevan dan sebagainya. Padahal umum tahu bahawa CNN adalah sebuah agensi berita antarabangsa yang paling telus dan profesional di dunia. Apakah mereka fikir CNN sama seperti Bernama, RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan banyak lagi media arus perdana di Malaysia agaknya?. Kenapa mereka tidak meyuruh sahaja Najib Razak ditemubual oleh CNN bagi menjawab segala tuduhan Anwar itu?. Justeru itu, bagi tidak menghampakan semua, marilah kita ikuti rakaman video eksklusif tersebut.
[Justeru itu, bagi tidak menghampakan puak-puak UMNO BN maka kita sarankan agar CNN menemubual pula Najib Razak selepas ini. Agaknya bagaimanakah air muka Najib bila ditanya soalan-soalan panas oleh CNN ketika itu. Sebenarnya, mungkin Najib sendiri juga takut jika beliau ditemubual CNN. Apa tidaknya, jika silap haribulan maka sudah pasti nanti akan keluar berbagai persoalan panas tentang kehilangan enjin jet, Skandal Altantunya, Komisyen kapal selam Scorpene dan berbagai-bagai lagi. Ini akan menyebabkan beliau terperangkap dan mendapat malu dengan temubual itu. Makanya, tidak perlulah puak-puak UMNO BN menuduh macam-macam hal terhadap CNN dan Anwar tentang temubual ini. Apa yang penting media itu lebih telus dan berkreadibiliti daripada media arus perdana di Malaysia. Terimalah hakikat bahawa Anwar Ibrahim itu lebih disanjung tinggi di peringkat antarabangsa berbanding dengan Perdana Menteri Malaysia itu sendiri sebenarnya].






Drp intereview najib baik lah interview zam. kah kah kah. umno umno (Untuk Melayu No Otak).
BalasPadampdo ni masih ada hati kot nak dijadikan TPM kog2 anuwar jadi PM hahahahahah
BalasPadamUMNO HAPRAKKKKKKKKKKKKKK....dulu kini dan selamanya BANGKAIIIIIIIII.
BalasPadam"Namun, kini ternyata masyarakat antarabangsa lebih memandang mulia kepada Anwar berbanding Najib sebenarnya" - PDO
BalasPadamhahaha...Al Juburi dipandang mulia oleh masyarakat antarabangsa...siapa
masyarakat antarabangsa yg dimaksudkan?? kt US kawan2 yahudi si aljuburi ni dah mula sangsi malah yg marah pun ada..tulah pergi ke US melutut mintak ampun...takotttt! nanti tiada siapa yg akan beri perlindungan dan pembiayaan..
Yg peliknya kenapa si aljuburi ni tidak pernah ingin minta maaf pada rakyat negara ini terutama orang islam dan orang2 sebangsa dgnnya yg telah diporak peranda dan dipecah belah dengan fitnah, tipu helah dan perangai bermuka-mukanya? kenapa nak minta ampun kt yahudi???
Mcmana pulak berita terbaru mengenai al juburi ni sbg "alat CIA" yg diperkatakan oleh seorang blogger US Elaine Meinel Supkis;
“Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA,”
Seterusnya bagaimana dgn kenyataan ini;
"CIA And Mossad Want Anwar Ibrahim Assassinated"
Jadi, siapa sebenarnya si aljuburi Dato' Seri Anwar Ibrahim yg disembah dan dipuja oleh puak2 PR ni?
Fuhhh bahaya anwar nie..boleh jual negara dia nie....CIA..FBI...APCO...kan sma je tu...
BalasPadamaku dah ckp kalau puok2 UMNO ngan PKR ni memang sama je nok jual negara ni...sudah2 lah kita duk menyokong 2 parti ni..meh kita berjuang untuk agama islam yg membawa kebahagian kepada kita dunia dan akhirat....
BalasPadamhairan betol aku, nape CNN nak interview Anwar. Nape tak interview Pak Jib terus je..musykil, musykil. ke najib takde integriti...bohong sana, bohong sini, kita rakyat ni, bukan nak tengok kutuk orang nun, kutuk orang nin, kita hendak kerajaan buat untuk rakyat, bukan buat untuk tembolok sendiri, apa rugi ke buat untuk rakyat? kalau buat untuk rakyat, semuaorang luas hati daa... ini nak isi poket sendiri gak...
BalasPadamnk wat camna dh CNN x KELAPAQ / KEBULOQ nk temubual najib ngan muhyidin....kesian2..hahahaha...kahkahkah...ttuuuiiiihhhh........
BalasPadam