script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ahli Parlimen Indera Mahkota Persoalkan Artikel Penemuan RM300,000 Dekat Rumah Exco

KUANTAN, 9 Julai (mkini) - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), mempersoalkan laporan The Star pada 6 Julai lalu berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang itu. Soalnya, bagaimana seorang Exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank. Akhbar itu, Selasa lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan. “Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar The Star pada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia. “Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” kata Azan. "Begitu berani simpan wang sebegitu banyak". Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan. "Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk exco. "Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya. Bagaimanapun edisi The Star's online menukar jumlah berkenaan dengan mengurangkannya daripada RM300,000 ke RM300.

[Pendedahan yang dibuat oleh Mstar ini sesungguhnya sesuatu yang mengejutkan. Tambahan pula jika benar dakwaan mangsa hanya RM300 sahaja yang telah dilairkan penjenayah terbabit maka masakan pula pihak polis menembak keempat-empat mereka. Sedangkan penjenayah dipercayai langsung tidak mengapa-apakan kesemua mangsa yang berada dalam rumah itu. Tembakan maut boleh dilakukan sekiranya ada kes tebusan atau ancaman nyawa terhadap mangsa berlaku. Amatlah tidak logik gara-gara RM300 mereka dibunuh dengan begitu tragis sekali. Ini bermakna memang ada sesuatu yang mencurigakan sebenarnya. Andainya benar nilai RM300,000 seperti yang dilaporkan itu, maka rakyat memang tertanya-tanya dari manakah Exco berkenaan bmendapat wang itu dan kenapa disimpan didalam rumah beliau?. Untuk makluman Wan Adnan adalah exco yang dipertanggungjawabkan oleh Menteri Besar Pahang untuk menjaga hal ehwal tanah bagi daerah Kuantan sebenarnya].
Share:

2 ulasan:

  1. Prinsip polis akan melawan sekiranya membahayakan nyawa. Dalam kejadian rompakan adalah logik sekiranya polis perlu mendapatkan perintah mahkamah baru tembakan boleh dilepaskan ?

    BalasPadam
  2. Bakpe bodoh ngat aok ne PDO..
    polis:ada org report awok mencuri ne..
    penyamun:aah,bakpe?
    polis:brp ringgit awok curi..
    penyamun:xda la banyak..200 je..
    polis:dah 2 guana,nak kawan tembak awak tak??
    penyamun:ikut awk la..guana2 pun
    polis:gini la,kalu awok lari kawan tembak..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.