script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: "Double Standard", Suara Keadilan Lapor Felda Bangkrap Mengamuk Tapi Idris Jala Kata Malaysia Muflis Kenapa Dia Tidak Di Saman

Inilah yang dikatakan, amalan "double standard" yang menjadi darah daging kerajaan UMNO BN di Malaysia ini sebenarnya. Mereka akan mengamuk sakan bila mana-mana pemimpin atau media pembangkang melaporkan berita yang "kurang menyenangkan halwa telinga" mereka. Sebaliknya, mereka akan menikus bila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin atau media kawalan mereka. Jika benar mereka jujur dan ikhlas, kenapa perlu ada "dua darjat" dalam hal ini?. Nampak benar tindakan tersebut adalah dek kerana politik "balas dendam" semata-mata. Rakyat sedar dan dapat menilai segala yang berlaku ini sebenarnya. Kita ambil contoh, akhbar Suara Keadilan mahu disaman oleh mereka dek kerana melaporkan artikel bahawa "Felda Bangkrap", sebaliknya mereka menikus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala (foto) mengatakan "Malaysia Muflis" menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada. Terkadang kita tidak faham dengan mentaliti dan kepala otak puak-puak UMNO ini sebenarnya. Malaysia muflis dengan Felda bangkrap adalah perkara yang sama. Mana yang lebih besar Malaysia atau Felda?. Kita layak mengatakan sesebuah syarikat itu akan bangkrap atau muflis apabila berlaku kerugian yang besar dalam perniagaan mereka. Apatah lagi bila mencecah berbilion ringgit sebenarnya. Makanya, Suara Keadilan layak mengatakan Felda bangkrap selepas dibuktikan menteri berkaitan mendedahkan perkara itu di parlimen (Ahmad Maslan). Apakah itu satu fitnah agaknya?. Samalah juga dengan kenyataan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat di Pahang bahawa negeri ini muflis akibat mengalami "bajet defisit" setiap tahun sejak Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar 11 tahun yang lalu. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyaman dan mengatakan semua itu fitnah pembangkang?. Mudah alasannya, sebab ia dibuktikan di Sidang Dewan Undangan Negeri oleh MB sendiri. Makanya, tidak timbul soal fitnah dan sebagainya. Begitu juga dalam kes Felda, apakah ia fitnah sedangkan telah didedahkan secara terbuka di parlimen sebelum itu. Jika begitulah keadaanya, maka Kerajaan Malaysia juga perlu menyaman dan mengambil tindakan terhadap Menteri UMNO Idris Jala kerana mengatakan Malaysia akan Muflis pada tahun 2019 nanti. Malahan, Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menafikan kenyataan celupar Idris Jala selepas itu. Soalnya, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Idris. Ini semua kerana amalan "double standard" yang akan dilakukan selama mana mereka itu terus berkuasa !

[Usahlah kita terkejut dengan senario ini. Anggaplah ini semua amalan biasa yang pasti digunakan oleh mereka ketika "nyawa sudah dihujung tanduk". Maka itu juga kita tidak hairan bila mana permit akhbar Suara Keadilan digantung gara-gara artikel panas itu. Anehnya, Idris Jala bukan sahaja tidak disaman malah tugasnya sebagai menteri juga tidak digantung oleh kerajaan yang kononnya bermaruah itu. Semua ini memungkinan kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN amat takut rakyat mendapat berita yang lebih jelas dan tepat selain media arus perdana. Soalnya sekarang, apakah mereka benar-benar hebat dan yakin rakyat setuju dengan apa yang dilakukan ini?. Apa yang pasti rakyat semakin bosan dan benci dengan keletah mereka yang kebudak-budakan ini. Makanya sudah pasti hukuman akan dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semoga rakyat akan sedar dan bangkit untuk melakukan perubahan secara besar-besaran selepas ini].
Share:

7 ulasan:

  1. bodo gak ngko ni penulis...dia bagitau AKAN bankrap bukan DAH bankrap. Kan mende yang berbeza tu.belajor tinggi skit sebelum buat artikel...usaha lebih skit laaa klu nak putar belit fakta.TQ

    BalasPadam
  2. Lepas ni PR bolehlah saman semua berita yang dibawa oleh media arus perdana sekiranya berita itu palsu... lawan tetap lawan.. Hidup PR

    BalasPadam
  3. AKAN DAN DAH pun tak mampu beza..bangang la si shukri pdo nih..

    BalasPadam
  4. Ya Allah ya Azim,,lenyapkan lah PDO ini ianya penyebar fithah,,,kepada tuanpunya PDO bertaubatlah hentikan fitnah anda sebelum anda terlambat berbuat kebaikan,,,,

    BalasPadam
  5. Ya Allah, pru13 nanti hamba doakan semuga umno dan BN kalah teruk dan Pas akan memerintah Malaysia.

    Selagi Umno perintah Malaysia, permis judi, kedai arak dan segala bentuk maksiat akan terus dihalalkan.

    BalasPadam
  6. macammana PAS nak perintah malaysia kalau bertanding kerusi PRU setakat 23 kerusi,,,,,,DAP lagi banyak PAS tak domasi PR,,,,

    BalasPadam
  7. budak kecik pun tau 29 lagi banyak dari 23,,,macamana 23 nak perintah 29,,,,,,

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.