Ramai yang terkejut dan tidak teruja melihat muka depan akhbar Sinar Harian Ahad lalu (4 Julai). Apa tidaknya, terpampang gambar Perdana Menteri Najib Razak sedang melihat gambarnya duduk sebaris dengan Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau (foto). Frame gambar itu khabarnya dihadiahkan oleh UMNO Jerantut kepada Najib selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu. Lukisan gambar yang bertajuk "Pahlawan Melayu Pahang" itu jelas sekali menggambarkan bahawa puak-puak UMNO Jerantut mengikhtiraf Najib setaraf dengan pahlawan Melayu yang telah berjuang menentang Brtitis satu ketika dulu. Entah apa mimpi dan angan-angan puak-puak UMNO Jerantut sehingga tergamak membuat penghinaan terhadap Najib sebegitu rupa. Ramai yang kecewa dengan tindakan UMNO Jerantut ini, mereka jelas tidak dapat membezakan antara perjuangan sebenar dengan perjuangan manusia yang bertopengkan kebendaan semata-mata. Menyamakan Najib dengan Mat Kilau sebenarnya satu penghinaan yang tidak ternilai atas segala perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Soalnya sekarang, kenapa mereka beriya-iya benar mahu mengikhtiraf Najib sedemikian rupa? Sedangkan mereka tahu Najib ternyata gagal dalam segala macam hal. Mat Kilau adalah pejuang Melayu yang berasal dari Pulau Tawar Jerantut yang berjuang menentang penjajahan British di bumi Pahang dulu. Beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa gara-gara berjuang menghalau orang putih dari merompak segala khazanah dan hasil mahsul negeri Pahang ini. Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman dan ramai lagi adalah satu perjuangan yang luhur dan murni dalam usaha untuk menegakkan Islam dan keadilan di bumi Pahang ini dulu. Perjuangan mereka ikhlas dan tidak mengharapkan imbuhan, pangkat serta ganjaran. Mereka berjuang menghalau penjajah British kerana mereka tahu orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini akan "punah ranah" jika ditadbir oleh orang putih. Makanya mereka berjuang menghalau penjajah terbabit demi agama, bangsa dan negara.Mereka sanggup bermandikan darah, berumah di hutan dan mengharungi berbagai onar dan duri semata-mata mahu membebaskan negeri ini dari belenggu penjajah. Namun, akhirnya mereka terpaksa lari serta dicop "penderhaka" dan "pengkhianat" semata-mata kerana mereka tidak mahu tunduk dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membela rakyat. Mereka tahu, jika dibiarkan Inggeris menguasai pentadbiran di negeri ini maka akhirnya mereka akan menanamkan dakyah-dakyah serta fahaman barat ke dalam jiwa-jiwa orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini. Mereka akan membawa budaya mungkar untuk diterap dan diamalkan oleh orang Melayu. Maka, akhirnya akhlak generasi muda itu akan punah dan Islam hanya tinggal pada nama sahaja. Sebaliknya, akidah dan keimanan akan hancur luluh diperkosa oleh mereka. Inilah agenda barat dalam memesongkan umat Islam di negeri ini. Sebab itulah Mat Kilau dan pejuang yang lain bermati-matian serta berhempas pulas menghalau mereka dari terus mengembangkan dakyah-dakyah tersebut. Sebagai bukti, kini kita dapat lihat begitu banyak sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan nama mubaligh mereka (St Thomas, Methodist Girl, Clifford dll). Akhirnya ramailah anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke sekolah terbabit dan menerima dakyah penjajah itu. Akhirnya jiwa-jiwa anak-anak orang Melayu ini rosak akibat terdidik dengan asuhan dan budaya Inggeris. Mereka inilah yang kini menjadi perosak agama, bangsa dan negara. Mereka inilah yang kini menjadi penghalang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka ini jugalah yang kononnya berjuang untuk membela agama, bangsa dan tanahair. Padahal, mereka sebenarnya kini mendapat "ajaran British" dan gemar mengamalkan cara hidup barat sejak dulu, kini dan selamanya?.

Inilah wajah Mat Kilau ketika dia terlantar sakit selepas kemunculannya
dihebohkan dulu, bayangkan jika beliau masih hidup sehingga hari ini

Mat Kilau dijulang sebagai pejuang rakyat selepas kemunculannya dulu,
apakah Najib boleh diikhtiraf sebagai pejuang jika dia muncul semula
[Jika Mat Kilau masih ada sekarang ini, apakah UMNO akan dijadikan wadah perjuangnya? sedangkan UMNO itu menerima perlembagaan barat (penjajah)?. Inilah yang harus difikirkan oleh puak-puak UMNO Jerantut, jangan main hentam sembrono semata-mata untuk mencari populariti. Mungkin juga ada pemimpin UMNO Jerantut berfikir bahawa Mat Kilau berasal dari daerah Jerantut, makanya elok benar mereka mengipas Najib Razak dengan menyamakan PM itu dengan Mat Kilau. Keturunan Mat Kilau selayaknya mati sebagai pengkhianat bukannya penjilat UMNO !!. Keturunan Mat Kilau tidak layak berada dalam UMNO yang mendaulatkan dasar penjajah di negara ini. Semoga puak-puak UMNO Jerantut insaf dengan perbuatan mereka yang sanggup menyamatarafkan Najib Razak dengan Pahlawan Mat Kilau. Malah, apa yang dilakukan oleh puak-puak UMNO di Pahang sekarang ini, samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh British ketika menjajah negeri ini dulu. Mereka merompak sesuka hati khazanah dan hasil mahsul tanpa ada belas kasihan. Mereka tebang balak sana sini, rompak duit rakyat dan hantar balik ke negara mereka. Apa bezanya dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang ini?. Saling tak tumpah macam penjajah British sebenarnya !!] Klik selamatkanpahang







Apakah UMNO boleh dianggap penyelamat kaum Melayu..Apakah UMNO boleh dikatakan Islam..
BalasPadamJawapan nya TIDAK..Ambil serius perkara yang ingin saya sampaikan..Kenapa UMNO tidak mahu amalkan hukum Hudud..Kenapa kerajaan dibawah UMNO bersekongkol dengan Yahudi..
Tahu kah anda ada pemimpin kita yang menjadi ahli Freemanson..
Baiklah buktinya anda dapat lihat sendiri kerjasama UMNO dengan Upco Yahudi..Dan yang paling jelas KLCC ini dibina atas pengaruh Yahudi..
Cuba anda kaji struktur binaan dan nama KLCC dan Freemanson..Anda pasti akan terkejut..Cuba kaji bendera Malaysia dengan Freemanson..
Tidak disangka kenapa UMNO ingin terusan memerintah Malaysia..
Wahai Islam sejati ketahui lah Dajjal sedang mengatur jenteranya untuk kemunculannya..Dan UMNO mungkin salah satu jentera nya..
Wahai Islam sejati kajilah Freemanson dan Illuminati dan lihatlah sekeliling anda..
hahahaha......najib nk disamakan dgn MAT KILAU..blh jalan daa..MAT KILAU IKHLAS BERJUANG UNTUK BANGSA, AGAMA & NEGARA
BalasPadamNajib pun berjuang juga apa...
BalasPadammenentang srikandi dari Mongolia...
Jalan Mat kilau dibelakang Hospital Besar Kuantan, Dewan Mat Kilau kat Batu 5, Paya Besar.
BalasPadamJalan Najib ada ke kat kuantan atau mana2 daerah di Negeri Pahang.
Kalau tak ade, mana bolih samakan Najib dengan Mat Kilau, lambat lagi, buktikan dulu perjuangan anda
wah mat..! kau main sebut ja...ha.. kejab lagi adalah jalan nama tu...malaysia kaa...kuat mengampu, kerja...!? haram.............
BalasPadampdo cucu mat kilau ..bukan satu penghinaan?
BalasPadampdo apa plak cucumatkilau..pdo Pahang Daily Online ..cucu mat kilau tu org Pulau Tawar.. engko pegi Check larr...dia anak sapa, cucu sapa... P.tawar tu tempat apa..dia berjuang bela rakyat ...x harap jawtaan dan pangkat... membongkar segala rahsia kebobrokan kerajaan UMNO BN.. itulah pahlawan.. biar jadi penderhaka kepada kerajaan yang rosak dan punah !!
BalasPadam