script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Minyak Serta Gula Naik Harga, Si Ismail Sabri Terus Menjadi Kambing Hitam Untuk Tabur Janji-Janji Palsu Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Apakah rakyat Malaysia boleh percaya lagi dengan kenyataan menteri dan kerajaan UMNO BN agaknya?. Jika sebelum ini telah berbagai janji yang dwar-warkan malah mereka juga melaungkan slogan "rakyat didahulukan", namun natijahnya tetap sama. Rakyat akhirnya menjadi mangsa penganiayaan puak-puak mereka sendiri. Dalam isu kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini misalnya, kerajaan sekali lagi memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barangan lain. Namun, apakah kerajaan boleh mengawal semua itu dari terus berlaku. Di bandar-bandar mungkin mereka boleh mengadakan operasi penguatkuasaan. Namun, bagaimana di kawasan kampung dan pendalaman?. Apakah kerajaan mempunyai cukup tenaga untuk melakukannya. Akhirnya rakyat yang akan terus tertipu sebenarnya. Kita juga tidak terkejut dengan pengakuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto), bahawa sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas. Malah kenyataannya bahawa komitmen yang diumumkan oleh persatuan dan pengeluar terbabit diharap melegakan orang ramai. "Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk mengekalkan harga asal kerana ingin bersama-sama kerajaan yang kini berusaha mengurangkan beban pengguna. "Mereka juga memahami kenapa kerajaan perlu mengurangkan subsidi gula di samping menyifatkan kenaikan harga gula itu tidak terlalu tinggi," katanya. Kerajaan pada minggu lalu mengumumkan pelarasan harga gula sebanyak 25 sen berbanding harga asal RM1.65 sekilogram, menjadi RM1.90 sekilogram. Selain itu, harga petrol RON 95 dan diesel diselaraskan 5 sen dengan harga baru iaitu RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter bagi semua sektor.

[Persoalannya apakah kita boleh lega dengan kenyataan Ismail Sabri ini, sedangkan ketika masalah gula berlaku sebelum ini beliau beriya-iya benar berjanji bahawa kerajaan tidak akan melayan kerenah pihak yang mahu menaikkan harga gula. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Janji hanya tinggal janji semata-mata, akhirnya rakyat jua yang merana. Kini mereka mahu berjanji lagi. Apakah kita harus percaya?. Apakah rakyat mahu terus tertipu lagi. Jika "SUBSIDI" dijadikan lesen untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan harga barangan, makanya elok benar rakyat jatuhkan mereka dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika tidak, selagi ada subsidi maka mereka akan melakukan tindakan yang sama buat selama-lamanya. Jadilah rakyat yang bijak mulai sekarang. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang agar lebih terjamin].

Share:

8 ulasan:

  1. aku tahu, sebab apa gula, minyak masak, gas naik harga? sekarang nak masuk puasa, semua nak guna barang tu untuk berniaga, kerajaan ambik untung la....disebaliknya pulak teori konspirasi nya untuk mencari wang menampung persediaan pilihanraya yang akan datang, sumber kewangan dah menyusut..allahua'lam

    BalasPadam
  2. kepala bapok dia kata kedai2 berjanji tak kan naik harga minuman dan makanan.selalu aku minum teo o rm0.80. sekarang dah rm1.00.
    celaka lah org yang suka menindas pihak yang lemah seperti aku..balasan nya tunggu pru 13..hahahahaha

    BalasPadam
  3. kat kl teh tarik rm1.50...
    bese minum rm1.20...
    bagus la nie ckp x naik...

    BalasPadam
  4. BODOH PUNYA MENTERI!!!! BANGANG PUNYA MENTERI!!! BAHLOL PUNYA MENTERI!!!ENGKAU BERHENTI SAHAJA JADI ORANG POLITIK DAN JADI MENTERI!!! BODOH MACAM BUAH PELIR!!! ENGKAU URUS ANAK ENGKAU JE BUAT SHOW...ADA FAEDAHNYA!!!

    BalasPadam
  5. melampau sangat kutuk tu,,,,,hahahahha....1 Malaysia kena tipu...puaka2 UMNO cemana?...ala pasni bagi bonus diam la..tengok kalo tak pcaya

    BalasPadam
  6. Negara kita sering disogokkan dengan nilai harga sesuatu barangan menggunakan harga negara tersebut, selepas itu dinilai semula dengan tukaran nilai matawang negara kita. Memang berbeza. Negara lain dengan nilai mereka, negara kita dengan pendapatan kita. Mengapa minda kita tertutup dan mengapa tiada usaha untuk meninggikan atau menyamakan nilai matawang kita dengan negara rantau atau dengan nilai bandingan dagangan US. Adakah ini alasan munasabah untuk menaikkan harga barangan yang bakal ditanggung oleh rakyat? Fikirkanlah bersama.
    Asal naik harga mesti keluar dalam utusan meloya, kosmore ka, mana2 la cerita pasal bandingan harga barangan negara kita dengan negara. lepas tu pandai pulak convert ke US dolar. memang bodoh sangat la orang yang buat analisa tu. Memang bodoh tahap gaban.. ha... kan dah marah ni...kalu dah convert memang la lain jadinya....dah negara masing2, harga kat negara tu memang la harga barangan sesuai dengan matawang mereka. yang kita pi percaya bulat2 buat apa...

    BalasPadam
  7. Percaya atau tidak saya lebelkan rakyat yang paling bodoh atas dunia ini rakyat msia.

    Pertama...rakyat kita angguk apa jua tindakan dan arahan kerajaan walaupun terpaksa hidup merempat...mereka dpt angpau rm50 setiap kali pilihanraya dah cukup utk mereka pangkah BN.

    Kedua...rakyat msia begitu mudah di gula gulakn BN seumpama kanak kanak tadika diberi gula gula hacks.

    Ketiga...Rakyat msia akan kekal bodoh hingga ke ujung zaman jika mereka tidak berani berubah...(hanya Bn yg mampu bagi kesenangan kemajuan pd rakyat)slogan ini umpama santau otak rakyat msia sehingga mereka tidak nampak diri mereka di bodoh siang malam.

    Mungkin PRU13 ini rakyat msia tidak akan bodoh lagi dan akan cuba keluar dari kepompong kemunduran 50tahun.

    Ingatlah negara kita sebuah negara makmur mewah dgn sumber alam hasil mahsum tp kita terpaksa membayar semua itu sama harg dgn negara yg tidak punyai apa apa hasil dan sumber alam.

    Ayuh rakyat msia jgn kekal dalam kebodohan melampau kita ni manusia bkn kerbau di cucuk hidung. Jgn lupa kita sudah merdeka lbh 50 tahun tp knp minda kita masih di jajah. Belajar tinggi2 tp bodo knp jd begini..sapa blh jawab.

    Terlalu banyak kemungkaran kebobrokan kebocoran pengzinaan pengemboman liwat meliwat kemabukan berleluasa...257,000 anak haram luar nikah. apa perasaan sbg manusia mengaku islam..anda tidak rasa apa apa... sah lah iman anda begitu nipis

    Berani lah utk kata tidak pada yg haram tidak pada dosa tidak pada rasuah tidak pada perkara yg sah salah di sisi undang2 tk kira kamu menteri kamu perdana menteri.

    Allahukhbar!!! allah yg maha besar
    tiada yg lain menguasai kuasamu ya Allah.. kurnia kami ya allah sebuah kerajaan untuk rakyat dari rakyat kepada rakyat...

    Kembalikanlah kepimpinan seperti umar abd aziz dan para sahabat nabi kerana sesungguhnya merekalah pemimpin sejati berkorban untuk rakyat... harta mereka cuba sehelai sepinggan... jauh beza kan dgn pemimpin UM-NO mung

    BalasPadam
  8. Takbir! Takbir! Takbir!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.