script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKKI: Peka Jalin Kerjasama Dengan Semua Kedutaan Asing


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menjalinkan kerjasama dengan semua kedutaan asing di negara ini bagi menjelaskan berhubung Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI).

Pengarah (Pengurusan) PKKI, Kapten Simon Ee Yoong Pin berkata, berdasarkan semakan terdapat kira-kira 81 kedutaan asing di negara ini.

"Kerjasama ini kita (Peka) lakukan bagi memberikan penjelasan kepada kedutaan berhubung konsep PKKI yang dilaksanakan oleh Peka sejak dua tahun lalu.

"Peka begitu komited membantu masyarakat antarabangsa yang berada di Malaysia terutama membabitkan aspek kebajikan dan perlindungan sosial mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Simon berkata, Peka akan berjumpa dengan pihak kedutaan dalam masa terdekat bagi mewujudkan jalinan kerjasama serta memberikan taklimat tentang pengenalan PKKI.

"Melalui pertemuan itu nanti, Peka akan berkongsi Skim Perlindungan Sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja asing, pelajar dan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan, kemudahan dan bantuan pada kadar yuran rendah untuk dimanfaatkan oleh mereka (warga asing) yang berada di negara ini.

"Skim itu menyediakan faedah tunai kepada mereka dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka sepanjang berada di negara ini.

"Apa yang lebih penting, mereka dilindungi 24 jam insurans kemalangan dan kematian, khidmat pengurusan jenazah termasuk urusan pengebumian serta penghantaran pulang ke negara asal," katanya.

Selain itu, beliau berkata, skim itu juga menyediakan khidmat guaman kepada peserta yang memerlukan, khidmat pengurusan dokumentasi untuk membantu bagi mengelakkan ditipu sindiket dan talian bantuan 24 jam.

“Peserta juga akan diberi kad perkhidmatan mengandungi maklumat diri untuk rujukan yang mempunyai fungsi sistem Touch n Go untuk kemudahan sampingan berbelanja," jelasnya.

Beliau dalam pada itu berkata, cukup yakin dan percaya opsyen yang diberikan menerusi inisiatif skim Peka ini akan disambut baik oleh kedutaan asing demi menjamin dan meningkatkan kesejahteraan sosial warganegara mereka yang berdaftar di bawah program.

Menurutnya, sejak dilaksanakan pada Julai 2018, lebih 100,000 warga asing menyertai PKKI.

"Sehingga akhir tahun ini, Peka mensasarkan seramai sejuta orang akan menyertai PKKI," ujarnya.

"Harapan Peka untuk PKKI ingin melihat organisasi antarabangsa mengambil langkah sama membantu dengan mewujudkan peluang seperti ini kepada rakyat malaysia diluar negara. #PDO
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.