script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pahang Belum Ada Keputusan Pemakaian Patuh Syariah Atlet


KUANTAN - Kerajaan Pahang belum memuktamadkan garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet negeri itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu sudah dibincangkan, namun keputusan muktamad belum dikeluarkan.
"Walaupun garis panduan itu belum dimuktamadkan, namun sekiranya ada yang boleh dilaksanakan, ia akan terus dilaksanakan termasuk pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor, Julai nanti.
“Yang penting kita sedang berusaha ke arah itu dan Insya-ALLAH pelaksanaan pemakaian patuh syariah dalam kalangan atlet beragama Islam mampu dilaksanakan sebagai usaha memartabatkan syiar Islam di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Kunjung Hormat Penyerahan Jemputan Rasmi Kepada Kerajaan Negeri Pahang Sempena Temasya Sukma ke-20 Johor 2020 di Wisma Sri Pahang di sini kelmarin.
Pada majlis itu, Wan Rosdy menerima watikah jemputan rasmi yang disampaikan sendiri Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.
Dalam ucapannya sebelum itu, Wan Rosdy berkata, Pahang sentiasa menyokong dan akan memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan mengambil bahagian pada temasya sukan itu.

Menurutnya, seramai 550 atlet dan pegawai dari kontinjen Pahang akan berada di Johor bagi menyertai 29 daripada 31 acara sukan yang dipertandingkan pada Sukma kali ini.
“Sukma merupakan platform penting bagi mengukur pencapaian program pembangunan sukan yang dilaksanakan di negeri ini dalam mencapai visi ke arah melahirkan atlet-atlet Pahang bertaraf dunia yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
“Justeru Sukma adalah medium yang relevan dan terbukti berjaya melahirkan ramai atlet-atlet kebangsaan yang berjaya di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik,” katanya.
Wan Rosdy berkata, sebagai contoh pada tahun 2019, seramai 40 atlet negeri ini telah terpilih mewakili negara ke Sukan SEA, Manila dan berjaya membantu kontinjen negara dengan meraih lapan pingat emas.
“Rata-ratanya atlet ini adalah produk yang dilahirkan melalui Sukma, justeru berdasarkan kepada pencapaian ini, kerajaan Negeri Pahang sentiasa berdiri teguh menyokong kejohanan dwi tahunan ini kerana ia ‘feeder’ kepada program persiapan negara ke kejohanan antarabangsa,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.