script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR Mahu Saman Bekas Wakil Rakyat, Setiap Orang RM10j !


KUALA LUMPUR: PKR akan mengheret 12 wakil rakyatnya yang melompat parti baru-baru ini ke mahkamah dan menuntut mereka membayar RM10 juta setiap seorang, kata bendahari parti itu, Lee Chean Chung.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata saman oleh PKR itu berdasarkan dokumen undang-undang yang ditandatangani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018.
"Kami akan menghantar kepada mereka surat tuntutan minggu depan. Mereka perlu menjawab tentang bagaimana untuk membayar RM10 juta itu," kata Lee, yang juga Adun Semambu.
"Kegagalan berbuat demikian, kami akan dakwa mereka di mahkamah. Kami akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya selepas menghantar surat kepada mereka," katanya.
Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, setiap wakil rakyat terbabit perlu membayar PKR sebanyak RM10 juta jika dipecat sebagai ahli, melompat ke parti lain atau meninggalkan parti tetapi kekal sebagai calon bebas.
Pembayaran itu perlu dilakukan dalam masa tujuh hari selepas seseorang wakil rakyat keluar atau dipecat daripada parti.
Beliau berkata PKR sedang berbincang dengan peguam untuk mengumpul semua maklumat yang relevan mengenai wakil rakyat yang berpaling tadah.
Seramai 12 wakil rakyat terbabit terdiri daripada sembilan anggota parlimen dan tiga Adun.
Anggota Parlimen terbabit adalah Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat) , Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Tiga Adun berkenaan pula ialah Adun Gombak Setia, Hilman Idham, Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis dari Melaka dan Adun Pemanis Chong Fat Full dari Johor. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

    Well over 160000 women and men are trying a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night as they sleep.

    It is proven and works with anybody.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Hold a clear glass and fill it up half full

    2) Now learn this weight loss HACK

    so you'll be 1-2lbs thinner the next day!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.