script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Siasatan SPRM Sahkan Derma Keluarga DiRaja Arab Saudi !


KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini dikejutkan dengan pendedahan saksi ke-15, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2015.

Dzulkifli merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa penyiasatan terhadap dana bernilai RM2.3 bilion sedang dijalankan oleh agensi terbabit bersama-sama Jabatan Peguam Negara.

Dzulkifli juga mendedahkan pada awalnya beliau sangat terkejut dengan cadangan SPRM mahu mendakwa Najib yang merupakan Perdana Menteri ke-6 ketika itu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas jenayah pecah amanah penyewelangan.

Selain daripada Seksyen 403, SPRM juga ada memberikan cadangan untuk mendakwa Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Beliau ketika itu merujuk kepada penemuan awal SPRM berhubung kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC yang diberikan kepada peguam negara ketika itu.

Kertas siasatan itu telah diberikan oleh bekas Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Apandi Ali pada awal Januari 2016.

Bagaimanapun, kata bekas Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam itu, pihaknya kemudian berpuas hati apabila kertas siasatan dikembalikan dengan hasil siasatan membuktikan dana RM2.3 bilion itu sebenarnya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi.

Dzulkifli berkata demikian ketika pemeriksaan utama petang tadi dengan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya terkejut bila SPRM mencadangkan supaya beliau (Najib) yang juga Perdana Menteri didakwa di bawah Seksyen 403 dan Seksyen 23 Akta SPRM. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.