script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Dr Mahathir Dakwa Agong Enggan Berjumpa Beliau Lagi


KUALA LUMPUR - “Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan saya lagi.”
Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas di Yayasan al-Bukhary di sini hari ini, lapor Astro Awani.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan beliau lagi.
Ini kerana, baginda sudah berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Itulah situasi sekarang. Saya tidak dapat berkomunikasi dengan pihak Istana Negara. Saya tidak ada peluang untuk memberitahu Raja bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti
“Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada pukul 10:30 pagi walaupun kami mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong kami,” katanya.
Tegas beliau, majlis angkat sumpah di Istana Negara pagi ini menyaksikan seorang ahli parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.
“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.
“Ini satu situasi yang pelik,” katanya.
Pada Sabtu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.