script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Sebagai PM Kelapan


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muyhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebentar tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.


Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lepas.
Terdahulu, beberapa kenderaan rasmi golongan kenamaan (VIP) mula memasuki Pintu 2 Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan.
9.50 pagi: Kenderaan yang membawa masuk Muhyiddin dilihat memasuki di Pintu 1 Istana Negara. Serentak itu, rombongan kenderaan dipercayai ahli keluarga Muhyiddin dan beberapa ahli Parlimen turut memasuki Pintu 2 Istana Negara.
9.40 pagi: Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim disusuli kenderaan rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat memasuki Istana Negara.
Antara ahli Parlimen yang kelihatan adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
9.30 pagi: Sementara itu di Yayasan Al-Bukhary, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan satu sidang media sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pagi ini.
Beliau antara lain mendakwa, Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti. Menurut Dr Mahathir, pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjadikan pihak yang kalah dalam pilihan raya umum yang lalu dapat membentuk kerajaan manakala yang menang tidak menjadi kerajaan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.