Demikian kenyataan seorang usahawan Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman (foto) dari Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad. Katanya, penyaluran bantuan kepada usahawan dan peniaga kecil itu perlulah diperjelas, diselaras dan diagihkan dengan adil.
Perniagaan yang amat terjejas bukan sahaja penjaja dan peniaga kecil yang berniaga tunai harian tetapi “kontraktor kecil dan pembekal barangan elektrikal, binaan dan komunikasi” juga terkesan secara langsung.
"Mungkin ada di antara kontraktor kecil yang tidak memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan secara terus kepada syarikat mereka tetapi cukuplah sekadar ada bantuan untuk menyara gaji kakitangan yang terpaksa diberi cuti bergaji seperti diarahkan. Tidak dinafikan Perkeso ada menyediakan bantuan tetapi hanya kepada majikan yang mencarum skim insurans sahaja", katanya.
"Penyampaian bantuan perlu diselaras oleh agensi yang terlibat secara langsung dengan usahawan seperti MARA, TEKUN, AIM, SME Corp, SIRIM, SME Bank dll kerana mereka lebih mengenali usahawan yang benar2 memerlukan bantuan", tambahnya lagi.
Sementara itu Wan Alhamdulillah juga memohon ketepikan idelogi politik, kaum dan agama demi memastikan ekonomi negeri Pahang dapat di kawal dari terus merudum akibat penularan Covid-19. #pahangdaily







Tiada ulasan:
Catat Ulasan