script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anggota Komando Dilaporkan Hilang Ketika Menjalani Latihan Di Pelabuhan Kuantan Ditemukan Lemas

KUANTAN: Seorang anggota komando dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika menjalani latihan di Pelabuhan Kuantan, di sini, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, ditemui jam 10 pagi tadi, terdampar di tebing berbatu kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata berdasarkan laporan ketika kejadian mangsa bersama tiga anggota komando melakukan latihan dan selam skuba di kawasan pelabuhan terbabit.

Menurutnya, mereka melakukan selaman dan turun ke dasar laut berpandukan tali keselamatan.

"Sejurus empat anggota terbabit melakukan selaman salah seorang mangsa dipercayai terlepas dari tali keselamatan dan dibawa arus.

"Kehilangan mangsa disedari apabila hanya tiga penyelam timbul ke permukaan selepas sesi latihan itu kira-kira jam 12.15 tengah hari, Khamis lalu." katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan sejurus kejadian pasukan komando terbabit dengan latihan di kawasan itu berusaha mencari dan menyelamat mangsa tetapi gagal.

Mohd Adli berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan anggota komando terbabit pada jam 3.19 petang hari sama.

Susulan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat disertai polis, bomba dan tentera dilancarkan.

Katanya, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan lengkap berpakaian dan bersama peralatan menyelam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat.

Difahamkan mangsa bertugas di Rejimen 22, Kem Iskandar Mersing, Johor dan dijadualkan menjalani latihan di Kuantan antara 30 Jun dan 9 Julai. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.