script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang PRU-16

KUANTAN: Penyertaan dua tokoh politik dari negeri ini ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi suntikan moral kepada Badan Pimpinan Bersatu Pahang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dua tokoh berkenaan ialah bekas Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Pahang, Datuk Harvinder Kaur dan bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kemasukan kedua-dua tokoh itu bukan sahaja memberi keyakinan baharu kepada rakyat, tetapi membuktikan keterbukaan Bersatu dalam menerima tokoh pelbagai kaum demi memperjuangkan agenda rakyat.

"Dengan kemasukan Datuk Harvinder dan Datuk Leong dari MCA Bentong akan memberikan kekuatan moral dan kepercayaan rakyat kepada Badan Pimpinan Bersatu Pahang.

"Saya berharap lebih ramai lagi yang akan menyertai Bersatu Pahang dalam waktu terdekat dan ini penting sebagai persiapan bagi menghadapi PRU16 yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Jasri berkata, penyertaan itu juga membuka lembaran baharu kepada penyatuan politik rentas kaum.

Jelasnya, selain itu, ia memberi isyarat bahawa Bersatu bersedia mendekati pengundi bandar dan bukan Melayu. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.