script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi

KEPALA BATAS: Dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa gabungan parti Perikatan Nasional (PN) mampu menambah bilangan kerusi dan membentuk kerajaan negeri di Pahang jika menang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) hanya sekadar bermain sentimen serta mewujudkan persepsi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sebagai Pengerusi BN Pahang, kenyataan dibuat itu perkara biasa kerana ia boleh disuarakan sesiapa saja termasuk BN.

Katanya, BN juga bekerja keras untuk mempertahankan kemenangan di Pahang, selain berusaha merampas kembali kerusi dimenangi PN pada pilihan raya lalu.

"Itu (dakwaan Saifuddin) biasalah...saya pun boleh buat kenyataan, kita (UMNO dan BN) akan rampas balik kerusi yang ada pada PN.

"Maksudnya tak ada apa-apa, dia (Saifuddin) cuma nak mainkan sentimen atau persepsi saja, tetapi PN sebenarnya tidak tahu keadaan kita di Pahang pun, kita sedang kerja kuat untuk merampas kembali kerusi dimenangi mereka," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Bertam, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Saifuddin yang juga Pengerusi BERSATU Pahang mendakwa PN sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada BN, malah berhasrat menawan Pahang pada PRU akan datang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut mengingatkan BN bahawa PN di Pahang berjaya menambah kerusi daripada lapan pada PRU14 kepada 17 pada PRU15 iaitu kurang lima kerusi untuk meraih majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini, BN yang mentadbir Pahang mempunyai 17 daripada 42 kerusi DUN, manakala rakan sekutu mereka iaitu Pakatan Harapan (PH) pula memiliki lapan kerusi. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.