script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seramai 128 Pemain Berentap Di Villea Rompin Resort & Golf, Rebut Gelaran Juara Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025

KUANTAN: Seramai 128 pemain dari seluruh Pahang memeriahkan pusingan kedua Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Villea Rompin Resort & Golf (VRRG), kejohanan golf diraja yang dinanti-nantikan sempena sambutan ulang tahun ke-66 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menariknya pada pusingan kali ini, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, sekali gus menyerikan lagi acara ini dengan penuh istiadat dan penghormatan.

Pusingan kedua yang berlangsung pada 29 Jun lalu itu menyaksikan penyertaan pemain berusia antara 17 hingga 75 tahun selain berlangsung suasana pertandingan yang sihat dan penuh semangat, berlatarbelakangkan keindahan semula jadi kawasan Rompin.

VRRG dalam satu kenyataan berkata, sebagai lokasi rasmi, pihaknya menyediakan pengalaman luar biasa dengan padang golf 18 lubang yang terletak di kawasan pantai yang turut dikelilingi kehijauan alam, sekali gus memberikan cabaran unik kepada para peserta.

"Kejayaan penganjuran ini membuktikan komitmen VRRG dalam menyokong acara sukan bertaraf negeri dan dalam masa yang sama memperkukuh daya tarikan pelancongan di kawasan Rompin.

"Dengan perancangan rapi, pengurusan padang profesional serta penyertaan yang memberangsangkan, VRRG terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pilihan untuk kejohanan golf berprestij di Pahang.

"Pihak resort berhasrat untuk terus bekerjasama dalam penganjuran acara bertaraf tinggi dan kekal komited dalam memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pemain dan tetamu pada masa akan datang," kata kenyataan itu.

Sirkit tahun ini bermula di Mahkota Golf & Country Club (MGCC) di Kuantan pada 2 Jun, diikuti oleh pusingan kedua di Rompin.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Kelab Golf Diraja Pekan (13 Julai) dan akan melabuhkan tirainya di Kelab Golf Diraja Pahang (3 Ogos).

Sepanjang kejohanan ini, para peserta bukan sahaja bersaing untuk gelaran juara, malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk 64 hadiah kejohanan, serta ganjaran hole-in-one seperti motosikal dan kereta, selain cabutan bertuah di setiap lokasi. #Majoriti

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.