script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Seru Wartawan Wanita Di Negara Ini Terus Perjuang Isu Rakyat, Pegang Integriti Kewartawanan

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru wartawan wanita di negara ini terus memperjuangkan isu rakyat dan berpegang kepada integriti kewartawanan.

Al-Sultan Abdullah turut memuji komitmen dan sumbangan besar wartawan wanita pada masa ini yang semakin menyerlah, bukan sahaja dari segi tenaga kerja tetapi juga kualiti liputan khususnya dalam media arus perdana yang mencerminkan keupayaan mereka.

"Era digital dan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) telah mengubah cara berita disampaikan, sekali gus menjadikan tugas wartawan lebih mencabar dan memerlukan kecekapan.

"Akhbar mungkin tidak lagi terjual seperti dahulu, cetakan pun semakin kurang tetapi dalam bentuk digital, tanggungjawab lebih besar kerana berita sekarang 24 jam. Sehubungan dengan itu, wartawan perlu serba boleh dan sentiasa bersedia," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini menerima menghadap barisan kepimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya Sariha Mohd Ali, Timbalan Presiden Nasriah Darus, Setiausaha Nor Hasliza Abdullah, Bendahari M Saraswathy serta ahli jawatankuasa persatuan.

Baginda turut menekankan pentingnya merit dalam bidang kewartawanan dan mengingatkan kepimpinan PERTAMA supaya terus mempertahankan etika kewartawanan dan tahap profesionalisme dalam industri itu.

"Ini bukan mengenai gender, tetapi saya percaya ia perlu diperjuangkan atas dasar merit. Tanggungjawab media hari ini sangat besar. Saya yakin dengan keikhlasan dan dedikasi, wartawan terutamanya wanita mampu terus memberi sumbangan besar kepada negara," titah baginda.

Sultan Pahang turut berharap isu semasa melibatkan rakyat khususnya di Pahang diberikan penekanan seperti pencerobohan tanah, bekalan air dan harga hasil pertanian tempatan.

"Saya rasa perkara ini agak membimbangkan. Mesti ada kesedaran dan tindakan berterusan," titah Al-Sultan Abdullah. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.