MARAN: Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran, Muhammad Salman Al Farisi berhubung video fitnah yang disiarkan di laman TikTok dan Facebooknya baru-baru ini.
Menurut Shahaniza peguamnya Adnan Sharida & Associates telah mengeluarkan Letter Of Demand (LOD) bertarikh 8 Julai 2025 terhadap Salman.
"Video tersebut secara terang-terangan memfitnah, mengaibkan dan merendahkan kredibiliti saya, termasuk menuduh projek paip air di Maran yang saya tinjau sebagai sekadar lakonan. Salman sendiri mengakui dalam WhatsApp bahawa tujuan beliau hanya untuk menjatuhkan reputasi saya supaya pengundi tidak memilih saya," kata kenyataan difacebooknya.
Shahaniza yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata tuntutanya jelas supaya Salman memadamkan semua videi dan kenyataan fitnah terhadapnya.
Selain itu juga beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan kekal selama setahun di media sosial, beri akujanji tidak mengulangi kenyataan fitnah terhadapnya dan membayar gantirugi sebanyak RM1 juta.
"Jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi," dakwanya. #PahangDaily







Tiada ulasan:
Catat Ulasan