script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Istana Pahang Nafi Dakwaan Klip Video Rekaan Yang Tular Di TikTok Berhubung Isu Kehadiran Tengku Mahkota Ke Indonesia Baru-Baru Ini

KUANTAN: Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan satu klip video rekaan yang tular di platform TikTok berhubung kehadiran Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Indonesia baru-baru ini.

Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, klip video yang disebarkan di akaun TikTok itu mendakwa kehadiran Tengku Mahkota Pahang ke Indonesia bagi menonton ritual keagamaan yang dilakukan oleh seorang individu yang bergelar ustaz.

"Video berkenaan langsung tidak menunjukkan sebarang kehadiran Tengku Mahkota Pahang malah hanya rekaan dan fitnah bagi menarik orang ramai melalui platform media sosial yang disyaki scammer," menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, penafian itu dibuat susulan mesej yang disebarkan kepada orang ramai menggunakan nama Tengku Hassanal bagi memperdaya masyarakat.

Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan itu adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial," menurut hantaran itu. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.