script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perikatan Nasional (PN) Akan Cabar Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Batal Pendaftaran, Kemuka Rayuan Kepada Menteri

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu, selain turut mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tindakan mencabar itu akan dimulakan dengan memasukkan permohonan pada sesi pendengaran permohonan PN untuk menggantung notis terdahulu RoS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis ini.

Selain itu, katanya, Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) memberikan hak rayuan kepada mana-mana pertubuhan tempatan, pemegang jawatan, anggota atau pihak terkilan dengan keputusan RoS, terhadap Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata, rayuan itu perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan RoS, manakala Menteri Dalam Negeri melalui Seksyen 8 Akta 832 boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar dengan ia adalah muktamad.

"PN akan mencabar kesahihan Perintah Pembatalan serta memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.

"PN juga menggesa Peguam Negara memberi penjelasan berhubung pendirian Jabatan Peguam Negara, di mahkamah ketika pendengaran permohonan penangguhan PN pada Khamis ini.

"PN juga akan mengambil tindakan ke atas semua pihak yang menghina dan membelakangkan proses mahkamah," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.