Inilah yang dikatakan amalan "Double Standard" dan kebebalan undang-undang yang berlaku dalam negara kita. Apa tidaknya, Mahkamah Rayuan yang sebelum ini begitu cepat dan pantas membuat keputusan dalam kes Menteri Besar Perak yang sah, kini terhegeh-hegeh pula mahu membuat keputusan terhadap isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh. Jika ketika membuat keputusan Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah tetapi mereka begitu susah untuk mengumumkan keputusan terbaru ini. Masih kita ingat pada 12 Mei 2009 yang lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dr Zambry Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Ir.Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Bayangkan dalam beberapa jam sahaja, Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan panas itu tanpa merujuk kepada "Laporan Bertulis" oleh Mahkamah Tinggi. Jika mereka merujuk keputusan Mahkamah Tinggi, sudah pasti Mahkamah Rayuan tidak akan mengubah keputusan yang dibuat sehari sebelum itu terhadap Nizar. Keputusan yang cukup kontroversi itu telah menyebabkan politik dan petadbiran Kerajaan Negeri Perak bercelaru dan carca marba. Mungkin kerana kes itu, "Millage Politik" yang diperolehi adalam untuk UMNO BN, maka Mahkamah Rayuan begitu cepat membuat keputusan berkenaan. Kenapa, kini selepas beberapa bulan keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi, malah sudah dirayu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri namun Mahkamah Rayuan masih belum membuat keputusan. SPR semalam menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Putrajaya masih menunggu laporan bertulis penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai rayuan suruhanjaya itu terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.
Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas Mahkamah Rayuan menerima laporan bertulis penghakiman oleh Mahkamah Tinggi kelak, barulah Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan SPR itu. "Mahkamah Rayuan masih menunggu laporan kes Mahkamah Tinggi, setelah itu barulah Mahkamah Rayuan memutuskan bilakah kes rayuan akan didengar," katanya. Katanya, laporan media yang memetik SPR kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah kurang tepat. Pada 23 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN. Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba panel hakim Mahkamah Rayuan masih meneliti laporan bertulis yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan mengatakannya ianya kurang tepat?. Sedangkan penghakiman itu dijalankan secara telus, adil dan profesional?. Apakah rasional mereka mengatakan sedemikian agaknya?. Sedangkan keputusan tersebut berlandaskan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah sendiri membenarkan kekosongan berlaku apabila terdapat mana-mana ADUN gagal hadir ke Persidangan Dewan Undangan Negeri itu sebanyak dua kali berturut-turut.
[Terkadang kita naik hairan dengan sistem kehakiman dan undang-undang di negara kita yang masih terus diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Aneh sekali, mahkamah yang sama mengambil masa yang cukup lama semata-mata untuk membuat keputusan rayuan SPR tersebut. Walhal begitu laju membuat keputusan kes MB Perak. Alasan yang diberikan masih meneliti laporan bertulis Mahkamah Tinggi, nampak macam profesional. Tetapi dalam kes MB Perak, laporan bertulis adakan diteliti oleh mereka?. Zambry Kadir menfailkan rayuan sebelah pagi dan beberapa jam selepas itu keputusan telah dibuat. Kenapa bila kena kepada UMNO BN Mahkamah Rayuan menjadi cukup hebat, tetapi bila melibatkan pembangkang mereka menjadi takut untuk membuat keputusan. Justeru itu, kita tidak hairan jika mereka akhirnya menerima keputusan SPR menang! Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh yang sepatutnya diadakan akhirnya tidak menjadi kenyataan. Walhal, Speaker DUN telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah sebelum menghantar surat kepada SPR itu sendiri. Soalnya kenapa mereka takut mengadakan pilihanraya kecil? Kerana SPR takut BN sekali lagi tertewas dek Gagasan 1Malaysia, yang pastinya akan memalukan PM Najib Razak sebenarnya].