KUALA LUMPUR, 3 Feb [12.01 pm] - Kes fitnah liwat Anwar Ibrahim akan bersambung mulai jam 2.30 petang ini. Persoalan sama ada ia akan diteruskan atau ditangguhkan bergantung kepada hakim Mahkamah Tinggi. Dalam permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin semalam, Karpal Singh menghujahkan bahawa tuduhan liwat itu mala fide (berniat jahat) dan melanggari proses mahkamah kerana laporan perubatan pertama oleh Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Mohd Saiful memberitahu doktor bahawa dia mendakwa diserang di bahagian dubur pada mulanya dengan tusukan plasik. Laporan perubatan mendedahkan Mohd Saidul mengadu kepada doktor bahawa dia mengalami sembelit selama seminggu. Namun menurut laporan bertarikh 28 Jun, 2008, doktor tidak perasan sebarang pendarahan pada rektum dan selama seminggu tiada darah pada najis. Karpal turut berhujah bahawa laporan perubatan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful menyatakan bahawa tiada penemuan klinikal yang konklusif yang mencadangkan berlaku kemasukan ke dalam dubur Mohd Saiful. Beliau berkata jika laporan Pusrawi dan HKL merumuskan bahawa tiada berlaku kemasukan, atas dasar apakah dakwaan itu boleh dikemukakan kerana mengikut Seksyen 377B, elemen penting bagi membuktikan kes liwat ialah kemasukan. Mohamed Yusof berhujah bahawa perkataan "plastik" dalam laporan perubatan Hospital Pusrawi hanya ditimbulkan dalam perbicaraan hari ini dan doktor terbabit perlu memberi keterangan dalam mahkamah mengenai perkara itu. Beliau berkata perkataan itu mungkin dibaca secara salah oleh pihak pembelaan kerana laporan itu ditulis tangan. Mohamed Yusof kemudiannya memberitahu pemberita pihak pendakwaan akan memanggil ahli kimia mengenai specimen bagi membuktikan kes pendakwaan.
[Terkadang kita hairan kenapa pihak polis dan mahkamah tidak mahu merujuk kes ini kepada laporan perubatan sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap suspek. Anehnya, hanya berdasarkan laporan mulut Saiful, Anwar Ibrahim telah ditangkap dan diburu umpama penjenayah yang sudah bersalah. Begitu juga dikalangan penyokong UMNO dan Saiful sendiri, mereka menganggap bahawa Saiful memang jadi mangsa Anwar. Sedangkan, dalam mana-mana kes liwat atau rogol, laporan perubatan itu adalah yang paling penting untuk dirujuk oleh pihak polis dan mahkamah sebelum membuat tindakan selanjutnya. Paling mengejutkan pula, apakah motif Saiful membuat pemeriksaan doktor dulu sebelum melaporkan kepada polis dan kenapa pula pihak polis tidak meminta salinan laporan doktor itu ketika Saiful mengadu dia diliwat?. Ini yang memusykilkan kita, kerana kebanyakkan kes sebegini sudah pasti laporan doktor dijadikan asas sebagai bukti kejadian itu berlaku atau tidak. Apakah cukup dengan laporan mulut lantaran kita mahu mengatakan Saiful itu dipihak yang benar?. Jabatan polis dan mahkamah sudah menjadi "rosak" gara-gara cuba menangani kes Saiful ini].






kes paling kelakar abad ini dahlah yang kena liwat (kononnya),nampak muka seronok...dah tu masuk plastik pulak....eh...eh silaplah ini dah kes dera nampaknya...macamanalah kau boleh tunggu org sumbat plastik...oleh org tua yang baru jalani pembedahan slip disc kalau tak silap.rasanya mak nyah pun malu nak ngaku spesies ni.
BalasPadammacam-macam...dunia dah akhir zaman.kebenaran di sembunyikan..kepalsuan di agung-agungkan..ALLAH MAHA BESAR..SEMUA DALAM KUASANYA..mungkin kat dunia selamat/menang...di akhirat..TANgGUNGLaH sendiri
BalasPadambukankah kita disuruh sembunyikan aib kita dan aib orang lain? kenapa nak dijaja dan berbangga bahawa memang aku dah kena liwat? mudah-mudahan Allah akan buka aibnya di akhirat nanti...
BalasPadam