script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Majlis Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Dan Pelancaran Kempen Selamatkan Tanah Rakyat Taman Atabara Perdana Lancar !


KUANTAN, 6 Feb [4.30 pm] - Kempen dan Penubuhan Jawatankuasa Bertindak "Selamatkan Tanah Rakyat" di Tapak Surau Taman Atabara Perdana berjalan lancar pagi tadi. Program yang bermula dengan mengangkat kanopi untuk diletakkan di atas tapak berkenaan, iaitu betul-betul dihadapan bangunan premis haram itu. Sekitar 100 orang penduduk setempat yang telah hadir bagi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Antara yang hadir ialah beberapa orang AJK Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Al-Amin taman tersebut. Tidak kelihatan pun seorang pemimpin kerajaan, walau pun jemputan khas turut dibuat kepada mereka. Apapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang juga selaku Ahli Parlimen kawasan itu (Indera Mahkota) Azan Ismail dilihat bersama-sama penduduk sejak awal pagi lagi. Turut dilihat hadir ialah ADUN Beserah, Tn Syed Mohammad Tn Lonik serta beberapa orang wakil dari PKR dan PAS kawasan Indera Mahkota. Gotong-royong telah dimulakan sekitar jam 10.00 pagi, kemudian edaran risalah dilakukan bagi memperjelaskan kepada penduduk dan orang ramai tentang status premis terbabit yang menjalankan operasi secara haram di atas tapak surau berkenaan. Program selesai sekitar jam 11.30 pagi dengan sidang media diadakan di atas tapak terbabit. Azan Ismail turut memberikan pandangan beliau tentang projek berkenaan dan mahukan supaya pihak terbabit menyelesaikan perkara itu dengan sebaiknya. Majlis berakhir dan bersurai sekitar jam 12.00 tengahari. Turut dilihat hadir ialah anggota polis cawangan khas yang memantau situasi tersebut. Tiada sebarangan insiden yang tidak diingini telah berlaku. Info lanjut dan bergambar kempen "Selamatkan Tanah Rakyat" sila ke laman blog www.suraurakyat.blogspot.com

[Pihak kami sempat hadir dan melihat sendiri apa yang berlaku di atas tapak berkenaan. Ternyata kepada sesiapa yang melihat sendiri projek itu akan berasa kecewa dan tidak puas hati atas tindakan pihak bertanggungjawab yang lepas pandang itu. Pembinaan, permit dan lesen yang tidak sah tetapi operasi perniagaan dan pembinaan tetap dijalankan. Ramai juga wartawan media yang turut hadir membuat liputan. Semoga kes ini dapat selesai dengan segera dan tapak berkenaan dapat dikembalikan semula kepada penduduk taman perumahan berkenaan].
Share:

3 ulasan:

  1. pak brahim katak tak mai ka?
    kat tanjung berbuih dia bercakap,berdemo.

    letihkot...pekena nasi kandaq lineclear.

    BalasPadam
  2. yelah apopo, bos perkasa pahang pegi mana ?

    BalasPadam
  3. Acara tajaan PR biasa penyokong Pr yang hadir, bagi tau? Bohong..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.