KUANTAN, 14 Feb [11.20 am] - Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi paling popular di Pahang dengan 70 peratus pelancong ke negeri itu berkunjung ke pusat peranginan itu tahun lepas. Berdasarkan perangkaan pelancongan negeri itu, seramai tujuh juta dariada 10 juta pelancong ke Pahang dicatatkan mengunjungi Genting Highlands tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Dato' Shafik Fauzan Sharif (foto), berkata negeri itu mensasarkan 10 juta pelancong tahun ini dengan menawarkan 10 pakej terbaik. Tawaran pakej itu meliputi 10 destinasi terbaik di negeri itu iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill. Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Kuala Lipis (bandar bersejarah dan warisan), Taman Negara, Pulau Tioman, Rompin (Billfish-Sports Fishing), Pekan (Bandar Diraja) dan Cherating (Surfing Paradise).
[Kerajaan Negeri Pahang digesa juga untuk membangunkan Malay Town di bandar Kuantan sebagai destinasi pelancongan utama ke bandar itu. Peniaga Melayu yang dilihat "hidup segan mati tak mahu" akibat kekurangan pelancong menyebabkan rezeki mereka semakin menyusut. Mana janji pihak tertentu untuk membawa bas-bas pelancong ke kawasan itu. Wajibkan setiap agensi pelancongan untuk menjenguk lokasi tersebut jika benar-benar ingin membantu peniaga Melayu disitu. Jika tidak kami yakin kawasan itu akan terus terpinggir satu hari nanti. YB Shafik juga diminta membangunkan kawasan sejarah kelahiran pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau dan Tok Gajar di Pulau Tawar Jerantut sebagai destinasi pelancongan sejarah. Jadikan ia seperti Pasir Salak di Perak (Maharajalela), Kg.Duyung di Melaka (Hang Tuah) dan Padang Mat Sirat di Langkawi (Mahsuri). Sejarah pahlawan Melayu Pahang perlu dibangunkan semula, jika tidak ia akan terus layu ditelan zaman. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak memberi perhatian kawasan tersebut biar pun selepas beberapa kali dilaporkan media].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan