KUANTAN, 7 Feb [5.25 pm] - Rakyat Malaysia digemparkan dengan isu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Kartika Sari Dewi Shukarnor (foto) 32 tahun, yang berasal dari Sungai Siput, Perak. Pada 11 Julai 2008, beliau telah didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, dekat sini sekitar jam 11.40 . Kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di mana sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Kartika telah mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember 2008. Namun anehnya, sehingga ke hari ini hukuman tersebut masih belum dilaksanakan. Ini mengundang seribu persoalan dikalangan umat Islam seolah-olah undang-undang Islam yang telah termaktub itu dipermainkan. Apa tidaknya, pemimpin politik dari UMNO ramai yang mempertikaikan hukuman tersebut zalim, tidak berperikemanusian dan sebagainya.
Malah, kekeliruan itu menyebabkan rakyat semakin tidak faham sebenarnya. Banyak bantahan yang timbul termasuk dikalangan NGO Islam di Kuantan sendiri. Malah, satu seminar pelaksanaan hukuman sebat telah diadakan di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober 2009 yang lalu. Tujuannya bagi memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat sebelum ia dilaksanakan. Kes Kartika telah menimbulkan kontroversi dan namanya popular dengan sekelip mata sahaja. Penantian itu satu penyeksaan, nampaknya seolah-olah ia dilupakan begitu sahaja. Campurtangan pihak atasan menyebabkan rakyat takut untuk bersuara dan Kartika sendiri sebagai orang yang dituduh amat hairan dengan apa yang berlaku. Beliau rela menerima hukuman atan kesilapannya, namun ada pula pihak yang menghalang sehingga ia tertangguh sekian lama itu. Makanya apa yang berlaku sekarang ialah rakyat terutamanya generasi muda di Kuantan bahkan Pahang ini seolah-olah tidak takut lagi untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Kartika. Mereka tahu bahawa, hukuman syariah tidak akan dilaksanakan ke atas mereka seperti apa yang berlaku kepada Kartika.
Dua Lagi Wanita Melayu Ditahan Minum Arak
Kini, golongan terbabit tidak segan silu untuk melakukan perbuatan yang sama di kebanyakan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, bar & bistro, kelab dangdut dan sebagainya di Kuantan ini. Malah kejadian ini dilhat semakin serius dan parah selepas hukuman terhadap Kartika ditangguhkan. Inilah padahnya pabila undang-undang Islam itu dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan serta takut dengan keadaan. Akhirnya, bagai bala datang semalam bila seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam Ops Taubat. Menurut Ketua Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat. Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu membabitkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar ini. "Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya. Ahmad Raffli berkata, ada di antara pengunjung terbabit memberi alasan tidak meminum arak, namun gagal membuktikannya selepas diperiksa alat pengesan alkohol.
[Kesemua yang ditahan bagi kesalahan meminum arak akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berkhalwat, katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Kes ini amat merumitkan sebenarnya selagi hukuman terhadap Kartika belum dijatuhkan. Maka itu laksanakan hukuman itu segera, kerena mereka yang gemar minum arak sekarang ini sedang mentertawakan undang-undang Islam di Pahang. Malah mereka tidak segan silu meneruskan perbuatan tersebut yang boleh dilihat di merata tempat di bandar Kuantan sekarang].
Dua Lagi Wanita Melayu Ditahan Minum Arak
Kini, golongan terbabit tidak segan silu untuk melakukan perbuatan yang sama di kebanyakan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, bar & bistro, kelab dangdut dan sebagainya di Kuantan ini. Malah kejadian ini dilhat semakin serius dan parah selepas hukuman terhadap Kartika ditangguhkan. Inilah padahnya pabila undang-undang Islam itu dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan serta takut dengan keadaan. Akhirnya, bagai bala datang semalam bila seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam Ops Taubat. Menurut Ketua Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat. Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu membabitkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar ini. "Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya. Ahmad Raffli berkata, ada di antara pengunjung terbabit memberi alasan tidak meminum arak, namun gagal membuktikannya selepas diperiksa alat pengesan alkohol. [Kesemua yang ditahan bagi kesalahan meminum arak akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berkhalwat, katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Kes ini amat merumitkan sebenarnya selagi hukuman terhadap Kartika belum dijatuhkan. Maka itu laksanakan hukuman itu segera, kerena mereka yang gemar minum arak sekarang ini sedang mentertawakan undang-undang Islam di Pahang. Malah mereka tidak segan silu meneruskan perbuatan tersebut yang boleh dilihat di merata tempat di bandar Kuantan sekarang].
CONTOH HUKUMAN SEBAT DI INDONESIA YANG PERLU DITIRU







Kita mampu lakukan sebagaimana dalam video tersebut jika kita (PAS) diberi mandat untuk memerintah. Kes Kartika dah berlalu lama masih belum di lasanakan. Jika kes Kartika selesai kemungkinan tiada berani lagi untuk minum arak. Tadbir
BalasPadampuak2 nie bukan reti bahasa pun...nie pi baca pasai JASA kat http://colourluna.blogspot.com/2010/02/apa-benda-jasa.html ...bukan aku yg tulih..tp org gomen gak...
BalasPadamHei! ini Hukum Islam samada orang tentang atau tidak kita kena laksanakan. Tapi apa nak buat, Pas bukan pejuang Islam sejati, hanya janji politik, nak pancing undi.
BalasPadamTuhan lama dah bagi mandat. Nak tunggu mandat Iblis pulak kot...
BalasPadamBetul tu, bak kata Nik Ajis dia rela bersahabat dengan Syaitan..
BalasPadamLa ni Pas dah jadi hamPAS.
BalasPadamYa Anon-anon syaitan kat atas sedang berkokok persis iblis yg kelaparan arak dan zina.
BalasPadamMenyalaklah kamu wahai syaitan dan iblis kerana sesungguhnya kamu telah nyata akan jadi bahan bakar neraka.
Wahai anon syaitan dan iblis kami manusia islam sejati nk bg tahu kamu dan pemerintah kamu dlm negara ini. Kami belum dapat menguasai tampuk pemerintahan negara sepenuhnya kerana itu kami tidak berkuasa untuk melaksanakan hudud dalam negara ini. tunggulah bila kami capai kuasa majoriti masa itu kami tahu nk hukum kamu dan pemerintah kamu yg dajal.
Bersiap sedia dari sekarang kerana masu utk kamu berpesta dibumi malaysai ini telah hampir ke penghujung.Subhanallah yg memberi kekuatan kepada kami untuk menewaskn godaan syaitan iblis negara.
Hang ingat Syurga Neraka tu Tok hang punya ka..hah!!!
BalasPadamSyurga Neraka bukan hak kami dan hak tok kami juga tok kamu.
BalasPadamSyurga di khaskan utk umat yg baik dan taqwa
Neraka di sediakan utk umat celaka dan sial yg tahu berbuat mungkar dan onar semasa hidup. Termasuklah syaitan dan iblis yg jelas penghuni neraka.
Jika kamu nk tahu lanjut cerita syurga neraka masuklah islam bacalah quran disana nyata lagi terang.
subhanallah
Hang 3:34 ni memang bodohlg bangang sampai syurga neraka pun dia kata milik manusia...
BalasPadamItulah jika dah terlalu buta bebal dan bodoh. Belajarlah dulu anon sebelum nk keluarkan sesuatu ayat.
Tuhan tidak ciptakan syurga dan neraka hanya utk penempatan umatnya yang baik dan yg jahat
Jika kamu baik dgn izin allah kamu mungkin dpt masuk syurga
Tuhan lama dah bagi mandat. Nak tunggu mandat Iblis pulak kot...
BalasPadamMonday, February 08, 2010 11:03:00 AM
---------------
HUKUM HUDUD HANYA DAPAT DIPRATIK KAN DENGAN KELULUSAN PARLIMEN BUKAN NYA DARI PAS..JADI KALAU YANG MEMERINTAH DAH MUNAFIK MANA NAK DI LAKSANA KAN HUKUM HUDUD.
Hei kata nak jihad menentang mungkar, pedulikan Parlimen ke apa ker, perang la...
BalasPadamJelas sekarang mereka ni sebenarnya cakap tak serupa bikin...dayus!
BalasPadamala pas tu tak minafik ke.... depan cakap lain belakang cakap lain... dalam ceramah suka fitnah n memburuk-burukkan org kata pati islam tapi perangai bertentangan dengan ajaran islam...
BalasPadamapa yg org buat semua salah.... tapi kalu org pas atau sekutunya semua betul n d sokong walaupun bertentangan dengan ajaran islam...
ingatlah ahli/penyokong n pemimpin pas sudah-sudah lah memburuk-burukkan org lain.... manusia ni tak semuanya sempurna... mesti ada kesilapan yg dilakukan
Kawan dah kabor ke awok, Pas tu hamPAS..
BalasPadamZAMBRY DAH MENANG WEHH..5 - 0.
BalasPadam