Kini, kata-kata Fuziah itu seolah-olah bakal menjadi kenyataan apabila berlaku lagi kecurian balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan terbabit (Hutan Simpan Berkelah). Bayangkan, banyak mana lagi kerajaan negeri harus mengalami kerugian dengan kes seperti ini. Kami pernah mendedahkan tentang kecurian balak di Pahang ini sebenarnya berlaku secara "berhemah". Ia memang tidak disedari oleh pihak Jabatan Perhutanan kerana aktiviti yang dilakukan cukup licik sekali. Malah kecurian dan rompakan ini biasanya disedari selepas beratus-ratus ekar kawasan balak terbabit di keluarkan. Terkadang, pihak berkenaan sengaja memanggil media seperti TV3 untuk membuat liputan kononnya mereka melakukan kerja. Walhal, apa yang didedahkan itu hanya sebatang dua kayu balak sahaja. Sebaliknya kayu yang banyak telah dikeluarkan oleh mereka yang mendapat "lampu hijau" daripada pihak atasan. Inilah masalah balak yang berlaku di Pahang sebenarnya. Malah, jika diteliti setiap kali laporan media dibuat kononnya ada tangkapan dan perkakas berkenaan seperti jentera menebang, lori balak, pajero dan sebagainya akan disita. Namun, tidak pernah kita melihatnya di mana-mana balai polis yang berhampiran. Ini maknanya sudah ada jalan penyelesaian yang dibuat secara rundingan antara pihak yang bertanggungjawab. Inilah yang akan berlaku selagi UMNO BN dibenarkan memerintah negeri Pahang ini. Terkadang yang mencuri bukannya orang biasa, tetapi pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa. Akibat lambat mendapat kelulusan permohonan mereka, maka jalan terbaik ialah mengarahkan tokey-tokey balak membawa keluar kayu-kayu itu secara "curi-curi" pada waktu malam. Aktiviti mereka ini biasanya akan dipantau oleh pihak terbabit dari masa ke semasa bagi mengelakkan daripada tindakan oleh pihak berkuasa.[Jika dilihat kepada kejadian terbaru yang dilaporkan oleh TV3 malam tadi, ternyata kes tersebut ialah kecurian yang berlaku atas lesen yang diluluskan. Maknanya, pihak terbabit sudah mendapat lesen mengeluarkan kayu balak di kawasan yang digazetkan, namun akibat tamak haloba mereka mencuri lagi di kawasan bersebelahan untuk mendapat untung yang berlebihan. Masalah ini tidak akan berkesudahannya selagi kerajaan tidak bertukar tangan. Ini kerana, rakyat Pahang tidak wajar lagi bergantung harap kepada kerajaan UMNO dan BN dalam hal ini. Bermula di zaman MB Khalil Yaakob, Adnan Yaakob dan seterusnya maka duit hutan balak seolah-olah sudah menjadi darah daging mereka. Kerajaan Negeri Pahang mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kealpaan dan penyelewengan yang berlaku ini. Justeru itulah kita tidak hairan kantung kerajaan negeri senantiasa mengalami defisit setiap kali pembentangan Bajet Negeri dilakukan sejak 11 tahun yang lalu. Oleh itu, rakyat Pahang diseru membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kita tidak mahu negeri ini terus dimalukan dengan berita kecurian balak ini].







kes pasal balak kat pahang tak sudah-sudah...heran kawan...sebenarnya x heran pun..saja nak menyindir..
BalasPadamtahniah kerajaan BN..
BalasPadamNak buat macam mana, dari bawah hingga keatas adalah penyamun
BalasPadampdo, dulu saya pernah dgr cerita 1 vvip yg dpt kaw balak kat pekan tp disebabkan 'ciput' dia bg alasan kaw tu jika dibersihkan bakal mengundang banjir yg memusnah kampung2 di sekitar pekan jd kerajaan anugerahkan kaw di rompin yg 2x besar saiz nya betul ke?
BalasPadam