script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Gara-Gara Di Tahan Pihak SPRM Kerana Rasuah, Setiausaha Politik Nor Yakcop Akhirnya Terpaksa Meletakkan Jawatannya Mulai Semalam

Baru-baru ini kita digemparkan dengan laporan mengenai Setiausaha Politik seorang Menteri Kanan UMNO yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta. Ramai yang tertanya-tanya siapakah setiausaha politik itu dan siapakah menteri kanan tersebut. Memang kita menjangkakan bahawa sudah pastilah kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang, berdasarkan kepada tangkapan yang dibuat di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar. Namun, tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan laporan Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (foto) telah meletakkan jawatan. Malah, perletakkan jawatanya pula berkuatkuasa semalam menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di JPM itu hari ini. klik sini Namun kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan beliau. Apa yang pasti, beliaulah Setiausaha Politik yang ditahan oleh pihak SPRM di Pulau Pinang semalam. Soalnya, kenapa media melaporkan bahawa beliau meletakkan jawatanya semalam?. Sedangkan ketika kejadian itu berlaku beliau masih menjadi Setiausaha Politik Nor Yakcop. Apakah ada usaha terancang untuk tidak mencemarkan nama Nor Yakcop dalam kes ini?. Siapakah Hasbie Satar ini sebenarnya?. Kami cuba menjejaki latar belakang beliau. Hasbie Satar sebenarnya berasal dari Sawarak dan mula bekerja dengan Nor Yakcop ketika di Bank Negara. Pada mulanya, beliau hanyalah Setiausaha Sulit Kanan Nor Yakcop sebelum dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Politik (Setpol) menteri terbabit selepas jawatan itu dikosongkan oleh Norza Zakaria. Beliau dikatakan memang sudah banyak memiliki harta semenjak memegang jawatan Setiausaha Sulit Kanan lagi. Hartanya banyak dipunggah ke Sarawak dan apa yang anehnya, beliau dipercayai bukanlah ahli UMNO. Soalnya, kenapakah beliau boleh diterima bekerja dengan pemimpin UMNO?. Difahamkan pihak SPRM setakat ini telah merampas beberapa buah rumah dan kereta mewahnya.

[Sesuatu yang amat janggal disini ialah kenapa pula pihak Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa Hasbie Satar telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa semalam. Persoalannya adakah beliau letak jawatan dengan rela hati atau pun tekanan oleh Nor Yakcop sendiri. Sepatutnya dalam hal ini, Nor Yakcop juga perlu disiasat oleh pihak SPRM kerana hubungan beliau dengan Setpolnya adalah yang terapat jika dibanding dengan pihak lain. Masakan Nor Yakcop tidak tahu aktiviti Setpolnya sendiri, dan kenapakah kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang dan dalam kawasan Nor Yakcop sendiri. Bukankah ini menimbulkan persoalan sebenarnya. Malah, kita memang amat yakin bahawa ramai lagi Setpol menteri atau MB UMNO yang mempunyai aset dan harta jutaan ringgit dengan kedudukan yang mereka ada. Siasatan yang telus dan adil harus dilakukan jika SPRM benar-benar serius untuk membenteras gejala rasuah dan penyelewengan terus berlaku di negara ini pada masa hadapan].

Share:

4 ulasan:

  1. Aiikkkk...hairan bin ajaib??? Mana pi puak-puak UMNO pembaca setia blog PDO ni...tak da beri komen apa pun. Tu lah pasal, bila muka dah terpalit tahi, bila hidung dah tersedut bau tahi, leher mula masuk dalam badan macam kura-kura. Hahahahahaha...Allah Maha Besar dan Maha Adil. Allah akan mendedahkan satu per satu aibmu UMNO!!!!

    BalasPadam
  2. Ada kita orang sentiasa memerhati lagat korang yang sentiasa meroyan macam PDO lah nak meroyan pulak tu kat markaz hamPAS.

    BalasPadam
  3. Puak puak Ameno tengoh bizi kira duit bang..maklum juta juta ambek masa jugok nak kira bang!

    BalasPadam
  4. humno parti bangsat dari dulu hingga sekarang..sekarang dia nak membangsatkan mereka2 yang telah lama terkena kebangsatan kaum bangsat ini...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.