script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Kontroversi Isu Tanah Rizab Surau, Satu Laporan Polis Telah Di Buat Jawatan Kuasa Bertindak Selamatkan Tanah Rakyat Petang Tadi!

KUANTAN, 8 Feb [2.30 pm] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik premis restoran "haram" yang dibina atas tapak rizab surau di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota dekat sini. Laporan akan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak "Selamatkan Tanah Rakyat", Mohd Shukri Mohd Ramli 38 (foto), di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada kira-kira jam 2.10 petang tadi. Menurut Shukri, laporan polis terpaksa dibuat bagi menunjukkan mereka begitu komitmen untuk mempertahankan tanah rizab surau milik rakyat yang telah diceroboh oleh orang luar itu. "Kami terlalu kecewa melihat apa yang berlaku di depan mata ini.Tanah Rizab Surau yang telah digazetkan dalam Master Plan taman perumahan ini tiba-tiba diceroboh secara haram oleh individu yang beragama Islam. Sepatutnya awal-awal lagi permohonan beliau ditolak di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan kerana jelas ia akan menimbulkan kemarahan kepada rakyat yang mengharapkan sebuah surau baru di bina atas tapak tersebut. Namun atas keegoaan dan keangkuhan seorang manusia yang bergelar Dato', tergamak beliau memohon atas nama individu untuk kepentingan peribadinya sendiri tanpa mengambilkira kesannya dikemudian hari. Sudahlah yang dibina itu bangunan kekal yang jelas menyalahi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang diperolehi. Kini mereka terus beroperasi tanpa permit, tanpa kelulusan pelan bangunan tanpa lesen TOL yang sudah tidak disambung akhir tahun lalu" kata Shukri. Beliau ternyata amat kecewa dengan sikap individu terbabit, seolah-olah tidak ada tanah lain yang mahu dipohon dalam daerah ini. Satu sidang media khas diadakan sebelum laporan polis tersebut dibuat. Info lanjut kes surau sila klik sini

[Semalam berita tentang pencerobohan tanah rizab surau ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3. Malah, berita turut disiarkan dalam hampir kesemua akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan lain-lain lagi. Nampaknya isu ini semakin hangat diperkatakan dan membuka mata semua pihak. Apa yang jelas ialah tanah terbabit wajar diserahkan kembali kepada penduduk. Malah difahamkan sudah ada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) berkaitan perkara itu. Apa yang menjadi masalah ialah individu terbabit tidak mahu keluar dari premis itu dan masih menganggap mereka berada di pihak yang benar. Benar apa kalau tanah TOL, permit niaga, lesen bangunan semuanya tidak diluluskan].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.