script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Seorang Lagi Ahli Parlimen Daripada PKR, Kritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Selepas gagal merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat kini nampaknya puak-puak UMNO BN beralih arah ke negeri Pulau Pinang pula. Nampak jelas mereka sedang berusaha ke arah itu sekarang. Kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus dijadikan sasaran. Banyak isu-isu Melayu dimainkan supaya rakyat membenci beliau, termasuklah apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim tentang isu kontraktor Melayu yang kononnya dianaktirikan beberapa hari yang lalu. Susulan kes itu Zahrain bakal dihadapkan ke Lembaga Displin PKR kerana membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti itu. Bemula pada saat itu, mulalah media arus perdana memainkan isu Pulau Pinang secara besar-besaran. Semua itu dengan tujuan untuk melemahkan pentadbiran Pakatan Rakyat negeri yang dipimpin oleh DAP itu. Sangkaan kita, isu Zahrain akan selesai apabila diberikan kata dua oleh pucuk pimpinan tertinggi parti termasuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang baru. Antara lain beliau mengatakan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli PKR yang mengkritik pemimpin tanpa bukti. Namun, sangkaan kita jauh meleset terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng (foto), pula mengeluarkan kenyataan dan mengkritik kempimpinan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Beliau dalam sidang medianya pagi tadi mendakwa Lim Guan Eng sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri. Malah katanya sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. "Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng," katanya kepada media pagi tadi.

[Nampaknya, serangan telah bermula. Satu persatu wakil rakyat PKR kini menyerang kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Entah apa yang mereka mahukan agaknya?. Dalam keadaan rakyat di seluruh negara melihat pemimpin DAP itu berjaya menjalankan urus tadbir kerajaan negeri dengan baik, tiba-tiba seteru Pakatan Rakyat sendiri mengeluarkan kenyataan yang pedas seperti itu. Apakah sudah mula wujud keretakan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, atau mungkin juga "jarum UMNO BN" sudah nampak menjadi sekarang ini. Apa yang jelas, memang ada usaha terancangan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang sekarang ini. Oleh itu, Pakatan Rakyat haruslah berhati-hati dalam setiap tindakan dan kenyataan mereka. Ganjaran projek dan kemewahan akhirnya boleh membinasakan pakatan di negeri Pulau Mutiara itu. Maka itu, kita tidak hairan ramai lagi yang akan berbuat demikian selepas ini kerana mereka melihat "timing" yang sudah betul untuk mereka buat duit sekarang ini].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.