script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rakyat Didahulukan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Beberapa Harga Barangan Harian Dinaikkan Hingga 140% Sejak Empat Bulan Lepas

PULAU PINANG 6 Feb [2.30 pm] - Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas. Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris (foto) berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama. "Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini.

[Kerajaan 1Malaysia sebenarnya yang harus memantau perkara ini. Walau pun kajian ini hanya melibatkan negeri Pulau Pinang dan sekitarnya, namun kami yakin bahawa senario ini memang berlaku di seluruh negara sebenarnya. Rakyat yang didahulukan akhirnya menanggung derita akibat retorik politik yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Mereka tidak wajar menduduh pembangkang memberi bebenan ini kerana UMNO BN masih berkuasa di peringkat nasional. Malah kementerian yang sepatutnya mengawal dan memantau harga barangan ini adalah diwakilik oleh menteri mereka sendiri. Oleh itu, rakyat perlu sedar perkara ini. Jika Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) boleh memantau dan membuat statistik begini, maka tidak hairanlah kita amat terasa dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Berhati-hatilah dalam membuat keputusan dalam pilihanraya umum akan datang, jika mahu keluar dari bebanan yang menyiksakan ini].
Share:

11 ulasan:

  1. empat tahun lepas najib belum jadi PM BODOHHHHH

    BalasPadam
  2. mana pulak empat tahun lepas ..kan empat bulan lepas tu woii..inilah puak-puak UMNO...dah lar buta hati..buta mata pulak tu

    BalasPadam
  3. he bodoh ,baca betul2 subsudiboy, hang tu budak ,reti baca ke,tajuk kat atas tu kata sejak empat tahun lepas ,bukan empat bulan , najib baru jer jadi pm nggok,he budak \paham betul2 ayat tu,mata, otak dok kat buntut kot

    BalasPadam
  4. tajuk tu tesilap la baca artikel penuh baru la jelas..bodo la org umno nie

    BalasPadam
  5. Sila layari detikdaily untuk artikel yg lebih tepat.editor memang tersilap..biasa ar tersilap.nama dah manusia kan kan

    BalasPadam
  6. bodoh lah blog ni macam pengikut pr,suka belit,tajuk lain isian nya lain ,kaki belit lah tu ,macam dsai ,bodo la org pr nie

    BalasPadam
  7. kalau tersilap mengaku & perbetul jelah buat per nak pertahan, org meluat & benci...

    BalasPadam
  8. kalau tersilap mengaku & perbetul jelah buat per nak pertahan, org meluat & benci...

    BalasPadam
  9. Astro awani pon da kuor..sila tonton,,tv3suku xdok kut

    BalasPadam
  10. harga barang naik di P.pinang? P.Pinang dibawah sape? Bukan ke bawah Guan Eng.

    bodoh melampau tahap firaun ramses ke3 lah korang ni semua.

    BalasPadam
  11. P.pinang tu salah 1 negeri dalam malaysia..bodoh..bukan nya negara P.pinang

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.