script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim Letak Jawatan Dan Keluar Parti Merupakan Satu Tindakan Pengecut Serta Biadap


GEORGETOWN, 12 Feb [2.50 pm] - Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal berhadapan dengan kemelut yang berpanjangan, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta serta mengisyhtiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas. Khabarnya, keputusan yang dibuat oleh Zahrain itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan rakyat sekarang ini. Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan Zahrain itu jelas menunjukkan beliau takut untuk menghadapi kesan daripada perbuatannya mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. "Dia takut untuk hadapi jawatankuasa disiplin," katanya. Selain itu Syed Husin berkata, beliau menyambut baik tindakan Zahrain itu. "Saya gembira Zahrain keluar parti itu tindakan yang yang cukup baik," katanya. Dalam pada itu, Syed Husin turut mencabar pemimpin PKR lain yang digambarkan sebagai suka 'menjual diri' untuk mengikut jejak langkah Zahrain. "Opportunis lain boleh jual diri dan sertai dia (Zahrain)," katanya. Sementara itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kecewa dengan keputusan Zahrain Mohamed itu. Beliau tidak pernah membangkitkan lagi kenyataanya kepada parti atau Anwar sendiri mengenai perbalahannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini. Malah Lembaga Displin Parti masih belum memanggil beliau memberi keterangan, tiba-tiba beliau meletakkan jawatan. Inilah buktinya Zahrain memang seorang pengecut, dayus dan biadap kepada pengndinya sendiri. "Untuk menghukum Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, kita tidak boleh terima. "Jadi beliau ditegur atas alasan itu," katanya.

[Amat memalukan bila mempunyai pemimpin seperti Zahrain ini. Memang tidak bermaruah dan cukup pengecut. Beliau belum mengadap Lembaga Displin Parti tetapi sudah menyatakan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti. Soalnya sekarang kenapakah beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru itu, jika beliau benar-benar kecewa meneruskan perjuangannya?. Inilah bukti yang beliau sebenarnya telah mendapat faedah dan ganjaran yang dijanjikan selepas membuat keputusan tersebut. Apapun alasan yang diberikan, sudah tentu rakyat boleh membaca semuanya. Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota pernah berkata sebelum ini bahawa wujudnya usaha pihak tertentu untuk membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat sekarang ini. Berapalah ganjaran RM yang diterima oleh si Zahrain itu gamaknya?].
Share:

15 ulasan:

  1. Salam, inilah dasar pejuang yang pentingkan diri lebih daripada dasar perjuangan parti. Malulah kepada Gobala dan Tian Chua yang kekal dengan PR walau pun sukar. Malu ana dengan melayu macam ni. Kalau nak mewah di dunia masuklah umno sementara umno-bn masih bernyawa. Sepatutnya kita berpadu tenaga semua kaum dan fahaman agama untuk tumbangkan umno-bn. DS Anwar kena banyakkan usrah dan kuliah agama untuk pemimpin-pemimpin PKR kerana darah umno-bn masih mengalir dalam sesetengah daripada mereka. Sebab tulah mudah sangat memberontak dan lompat parti. Baguslah beliau keluar supaya PKR semakin bersih. Malulah kepada kami orang kampung walau pun papa kedana tetapi tetap mahu lihat umno-bn tumbang. Berjuanglah kerana Allah.

    BalasPadam
  2. Didalam perjuangan menolak segala kezaliman,jangan lah ada pemimpin yang merasa yang diri merekalah yang menggerakan rakyat untuk menjatuhkan penzalim.jika ada pemimpin yang merasa demikian rupa,maka dengan sendirinya akan tertolak dengan berbagai bagai rupa,lihat saja Hitler,dan banyak lagi pemimpin dunia,yang dengan sendirinya tertolak oleh rakyat,Gerakan rakyat adalah gerakan hati,yang bangkit secara sedar yang menentang segala bentuk kezaliman yang menyebabkan rakyat tertindas,Maka pemimpin yang seperti ZAHRAIN ini,biar pun apa alasan beliau,maka dengan sendirinya tertolak,disebabkan tiada istiqomah perjuangan,Yang dapay difahami oleh umum,pemimpin seperti ini mempunyai agenda peribadi,sifir ini sangat mudah difahami.dan rakyat tidak akan membuang masa memikirkan pemimpin seperti ini,pemimpin akan silih berganti.namun perjuangan menentang segala bentuk kezaliman tak pernah padam,jau takkan padam sampai bila bila

    BalasPadam
  3. bagus ...keluarla jika rasa pemimpin kamu tu tak boleh dibawa utk memajukan Malaysia... pemimpin yg sentiasa dibawa masuk mahkamah sebab perilaku yg tak baik...elok tak payah diikut pemimpin mcm ni yg belum tentu lagi tingkahnya baik

    BalasPadam
  4. apa sebenarnya masalah si zahrin ni?berapa habuan yg bakal dia terima dari BN?

    BalasPadam
  5. syabas,satu tindakan yang tepat,berani dan berintigriti,kebenaran akhirnya ditemui

    BalasPadam
  6. inilah bangsa HARAMJADAH yang tak sepatutnya ada dalam PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
  7. Kekadang aku salute juga kat Khairy Jamaluddin (KJ).Wlupun menang Ketua Pemuda tapi tak dipilih jadi Menteri.Sebaliknya Mukhris yg kalah dipilih jadi Menteri.Begitu juga Timbalan Ketua Pemuda dipilih jadi Menteri tetapi KJ sikitpun tak merajuk.Dia tetap dalam UMNO.Inilah pejuang sejati bukan mcm si rain tu tak dpt pojek sikit je dh merajuk smpai keluar parti.Amenda pnya pejuang le mcm nie...

    BalasPadam
  8. Ala terbawa bawa feel BN tu ape ke heran nya..

    BalasPadam
  9. cepat cepat lah mereka mereka yang penting kan wang keluar parti.Mereka ni berhati kan wang.takut susah sikit..masih jiwa humno..patut blar awal sikit sebelum PRU13...

    BalasPadam
  10. cepat cepat lah mereka mereka yang penting kan wang keluar parti.Mereka ni berhati kan wang.takut susah sikit..masih jiwa humno..patut blar awal sikit sebelum PRU13...

    BalasPadam
  11. kenapa? perit ker zahrain tinggalkan anda?

    BalasPadam
  12. u nak jadi pemimpin. tapi perangai u macam anjing.. zahrain.. kalau u rasa u bagus sangat mintak la jadi ketua menteri.. camne nak jadi leader kalau perangai sendiri u xboleh nsk kawal..

    BalasPadam
  13. u nak jadi pemimpin. tapi perangai u macam anjing.. zahrain.. kalau u rasa u bagus sangat mintak la jadi ketua menteri.. camne nak jadi leader kalau perangai sendiri u xboleh nsk kawal..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.