JITRA 1 Feb [3.30 pm] - Persoalan sama ada Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Sarip kekal sebagai wakil rakyat atau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dijangka diketahui dalam tempoh terdekat ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut mengenai status kerusi DUN Kota Siputeh itu sama ada ia dikekalkan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau terpaksa memberi laluan kepada pilihan raya kecil.“Kita sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan ini setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.
[Rakyat sebenarnya sudah muak dengan kenyataan SPR ini. Mereka jelas membelakangkan kreadibiliti dan profesionalisme badan itu. Speaker DUN Kedah telah memaklumkan tentang kekosongan kerusi tersebut berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang sah dan telah termaktub sejak sekian lama. Oleh itu, tiada hak untuk SPR mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Speaker sebenarnya. Namun, SPR kini bertindak sebagai hakim dan sengaja mahu memastikan maruah BN tidak terus tercalar bila diadakan pilihanraya kecil. Lantaran itulah mereka pula membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dirayu. Kini Mahkamah Rayuan sekali lagi menjadi penentu keputusan panas ini. Apa yang pasti kita sudah tidak boleh percaya lagi kepada Mahkamah Rayuan berdasarkan kepada kes-kes terdahulu yang cukup mengecewakan rakyat].

Perbualan dengan seorang kawan di Kedah. Kata beliau Adun Kota Siputih tu nampak muka 'baloq'. Baloq tu maknanya pemalas dan kaki tidur masa persidangan sedang berlangsung. Betul ke? Apa pendapat orang lain pula?
BalasPadam