script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pegawai Khas PM Najib, Datuk Nasir Safar Letak Jawatan Gara-Gara Keluarkan Kenyataan Berunsur Perkauman Tentang Konsep 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Feb [2.30 am] - Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar (foto) akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka Selasa. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa malam berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." "Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara." Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak. "Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya," menurut kenyataan tiga perenggan itu. Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu, yang menyelar Nasir bagi kenyataannya itu berkata ia tidak mencerminkan pendirian kerajaan dan ia telah menyinggung perasaan kaum India Malaysia. "Pandangan beliau jauh bertentangan dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di bawah gagasan 1Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Beliau berkata Nasir patut dihukum mengikut Akta Hasutan bagi kenyataan menghina itu. Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC Shivarraaj malam ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu di Balai Polis Sentul di sini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan segera yang diambil oleh Najib sebagai respon kepada kenyataan menghina oleh Nasir menunjukkan keseriusan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia. "Ini seharusnya menjadi pengajaran bagi memastikan kenyataan serupa tidak diulangi oleh mana-mana pihak. Kerajaan hari ini amat terbuka kepada sensitiviti semua kaum," kata Naib Presiden MIC itu.
[Sungguh memalukan, bagaimanakah rakyat boleh faham tentang 1Malaysia agaknya? Sedangkan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Najib Razak sendiri tidak faham-faham konsep yang diperkenalkan oleh beliau itu. Jelas sekarang bahawa 1Malaysia hanyalah retorik politik Najib bagi mengaburi mata rakyat dan mengalih pandangan kita tentang Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah dulu. Kini terbukti bahawa orang-orang kanan disekeliling PM sendiri rupanya buta ilmu tentang 1Malaysia. Kami yakin, Datuk Nasir Safar bukannya meletakkan jawatan beliau tetapi telah diarahkan oleh Najib sendiri agar berbuat demikian].
Share:

15 ulasan:

  1. kasi ini olang join PR plak..mesti manyak untung, seluar dlm najib pn dia kasi tau kaler apa pakai..botui2 ho liaw!!!

    BalasPadam
  2. ha'ah kan.. aku pun pelik, macam mana aku boleh faham dengan konsep 1Malaysia ni..

    BalasPadam
  3. BAGUS LA BEGITU.

    KERNA PULUT SANTAN BINASA
    KERNA MULUT BADAN BIASA

    SESAT DIHUJUNG JALAN
    KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN.


    PEDOMAN UNTUK SEMUA.

    BalasPadam
  4. Datuk Nasiz tu mmg nk berenti keje kot..sbb dh x thn dgn satu malaysia..haha!

    BalasPadam
  5. Biasa la, orang lama. Betul-betul semangat Melayu dia kuat. Dah tua dah pun...

    Cara dia cakap macam very personal. Marah btul tu degan Cina & India. Dia ingat Melayu Islam dah teruk kena pijak kot...

    Aku rasa Najib Razak pon pening. Dia pon tak sangka jadik camni. hehehe...

    BalasPadam
  6. yelah betul gak anon..

    semangat pun semangat gak..tapi aku rasa kenyataan pakcik ni mungkin takder la teruk sampai tahap gaban ni. sajer jer diperbesarkan - maklum la sesetengah orang di Msia ni suka mengapi-apikan isu camni. Kesian pakcik tu, tapi patut jugaklah PM amik tindakan kat dia..lagipun aku tengok, kalau benda camni tak diselesaikan sebaik mungkin, ada pihak yg tidak bertanggungjawab cuba memporak-perandakan negara kita ni.

    BalasPadam
  7. i think kalau isu diperbesarkan, it will become huuuh.. letak tepi politik. kita jaga kharmonian kaum.

    dia sudah mahu letak jawatan, so dia sudah terima hukuman. semoga jadi pengajaran. apa ertinya bagi nasir? dia jilat ludah sendiri. karier musnah.

    kalau kita terus politikkan isu perkauman, PR pun sama dengan Umno.

    BalasPadam
  8. BODOH UMNO CIBAI SIAL RASIS BANGANG HAM KA CHAN PEGI LU SIAL

    BalasPadam
  9. Dari dulu Malaysia ni satu...tak de duanya. Yang lebih2 buat Malaysia pecah-belah ni BE END. Dasar pecah dan perintah. You ingat kami ni bodoh lagi ke??

    BalasPadam
  10. Orang Melayu mudah lupa akan asal-usul mereka sendiri. Orang Melayu terlalu bertolak-ansur terhadap bangsa lain di negara ini dan tidak sedar bahawa mereka sendiri di bumi ini gagal mempertahankan hak-hak mereka sendiri.
    Kalau dibawa fakta kepada hak-hak yang sepatutnya kita dapat, menunjukkan kita jauh tercorot..dari segi ekonomi misalnya.
    Kita dah banyak bertoleransi dengan bangsa lain, memberi mereka hak kewarganegaraan, melaksana system meritokrasi, dan hak menentukan pemerintah.
    Kenyataan Datuk Nasir mungkin ada benarnya, dibuat untuk menunjukkan bahawa Melayu perlu mengangkat martabat bangsa mereka sendiri.
    Dan bersyukurlah kepada bangsa-bangsa lain yang dibenarkan berada di Malaysia.

    BalasPadam
  11. sebenonya aku maleh nk komen kang tak pasal2 kena tangkap muahahahhaha.......

    tapikan korang sedar tak sejak 2 menjak ni makin berani kaum2 lain meminta itu ini sedangkan dulu2 kita suma ni tak kira agama, bangsa aman je kannnnnnn....

    kenapa masa pemerintahan Tun Mahathir suma kaum bole bersatu hati tanpa mempertikaikan hak org2 melayu, kedaulatan & ketuanan melayu??? kenapa sekarang kaum2 lain berani meminta2, umpama lebih sudu dari kuah???

    pastu seperkara aku pelik kenapa bila org melayu buat komen, bangsa2 lain mengamuk???? kenapa bile parti2 DAP, HINDRAF memperkotak katik melayu secara melulu, seolah2 di'halal'kan???? takde pon aku tgk tindakan drastik diambil. sebagai contoh KARPAL SINGH, LIM GUAN ENG, diorang lagi celupar tapi aku tgk diam je??? Apa kebal sgt ke diorang tu???

    komen sket

    BalasPadam
  12. apale punya bangang setpol sekor ni,zaman sekarang ni bukak ler pemikiran sikit,manusia secara keseluruhannya telah meningkat kesatu stages lagi,kebanyakan dari kita lebih senang berbicara tentang tuntutan keadilan,ketulusan pemerintahan,tahap pendidikan,nilai budaya,zaman sekarang ni orang dah tak cerita warna kulit lagi,apa bangsa pun,

    BalasPadam
  13. aku ingat lagi citer tv9,rancangan ustaz zamri becerita,dia pesan kat anak anak,kalau ada orang bagitahu pada anak anak sesuatu yang baik,jangan melihat bagaimana rupa orang tu,tetapi dengarla apa yang dicakapkannya,fikir kan la

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.