script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini Kes Liwat Saiful Dari Mahkamah Tinggi !!

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki bangunan Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 9.25 pagi bagi menjalani perbicaraan pertuduhan liwat ke atasnya yang memasuki hari kedua, hari ini. Prosiding dilakukan secara tertutup dan berkamera sahaja dengan tidak dibenarkan dari orang awam dan media masuk di dalam bilik mahkamah. Perbicaraan diteruskan dengan testimoni dari penuduh iaitu Saiful Bukhari Azlan, beliau tiba di mahkamah pada jam 9.15 pagi. Penyokong-penyokong Anwar telah menunggu di ruang premis mahkamah.

Prosiding Di Lokasi Kejadian Kes Liwat Selesai


Hakim bagi perbicaraan kes liwat itu telah meluangkan masa selama sejam di kondominium Desa Damansara yang didakwa menjadi tempat kejadian. Mahkamah akan kembali bersidang jam 2.30 petang ini.

[1.00 pm] - Kenderaan yang membawa Hakim, Saiful Bukhari Azlan dan pihak pendakwa raya meninggalkan kondominium tersebut.

[12.54 pm] - Kereta MPV yang dinaiki oleh peguam Anwar, Karpal Singh juga kelihatan meninggalkan pekarangan kondominium tersebut.

[12.40 pm] - Kereta MPV yang dinaiki Anwar Ibrahim bersama peguamnya, Kamar Ainiah dilihat keluar dari kawasan Kondominium.

[12.05 pm] - Hakim, pihak pembelaan dan pendakwaan tiba di Kondominium Desa Damansara bagi menjalankan prosiding on-site bagi kes liwat tersebut Anwar dan Saiful turut tiba di kondominium itu bersama Sankara Nair beberapa minit kemudian. Jurugambar dan media dihalang daripada memasuki bangunan bagi melancarkan proses prosiding.

Perbicaraan Tangguh, Hakim Tinjau Ke Lokasi

[11.00 am]
- Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini diteruskan dengan keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dibuat secara tertutup mulai 10.30 pagi dan selesai hampir jam 11.00 pagi. Semua pihak dijangka akan ke tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara. Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 11.43 pagi.


Lokasi kejadian liwat, kondominium Desa Damansara

Perbicaraan Liwat Bermula Secara Tertutup

[9.55 am]
- Belum ada sebarang signal dari Mahkamah Tinggi. Perbicaraan berjalan secara tertutup. Saiful menyambung keterangannya pagi ini mengenai kononnya ada "ajakan seks" dari Anwar Ibrahim.

Peguambela Anwar Akan Soal Balas Saiful


[9.50 am]
- Beberapa orang pemimpin PKR di ruang legar sedang mananti makluman. Ramai yang masih berbicara mengenai kes semalam dimana saksi pertama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan telah mula disoaljawab oleh pendakwa. Hari ini kemungkinan Saiful akan disoalbalas oleh peguam pembela Anwar. Apakah Saiful seorang saksi yang berkredibiliti? Sepatutnya itu menjadi tugas pokok peguam pembela. Ini kerana menurut testimoni semalam, Saiful seorang yang tidak tamat pengajiannya kerana keputusannya yang buruk. Tetapi pertemuannya dengan PM, Datuk Seri Najib dikatakan untuk memohon biasaswa (dari jawapan Najib apabila ditanya oleh media mengenai pertemuannya dengan Saiful Bukhari Azlan).

Pengesahan Doktor Pakar, DNA Anwar Diragui


Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur sebelum ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan. Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat. Tetapi anehnya, semalam pihak pendakwaan menyatakan mereka akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful. Peguam pembela sepatutnya boleh mempersoalkan mengenai kewujudan spesimen berkenaan di dubur Saiful sedangkan laporan hospital mengesahkan tidak diliwat. Apakah tidak mungkin spesimen itu boleh saja dimasukkan selepas Saiful menjalani pemeriksaan doktor?.

[Perbicaraan yang masuk hari kedua hari ini dilihat bakal bertambah hangat, tambahan pula peguambela Anwar bakal bertanyakan berbagai soalan kepada Saiful Bukhari. Apa yang jelas dapat dilihat di sini ialah Saiful dilihat tidak sedikit pun merasa malu dan bersalah akibat kejadian tersebut. Malah, beliau dilihat senantiasa ceria dan tersenyum tatkala diambil gambar. Ini memusykilkan kita tentang apakah beliau itu mangsa atau pun sebaliknya. Mana mungkin seorang mangsa akan kelihatan gembira akibat satu kejadian yang boleh memalukan dan menjatuhkan maruah dirinya seperti ini. Tetapi Saiful seolah-olah berbangga dengan kejadian yang berlaku, beliau seperti seorang pahlawan terbilang yang wajar diagung-agungkan atas keberaniannya mengatakan dia diliwat].
Share:

12 ulasan:

  1. Benda dah jadi. Kalau senyum pon orng kata, nangis pon orang kata...

    Gambar Anwar pon semua tersenyum segak. Tak dak rasa malu ke? Dia kan dituduh atas kes liwat?

    Atleast saiful dah sumpah 'mubahalah'. Kalau Anwar berani sumpah itu ari, semua benda dah lama setel. Ramai Melayu Islam akan percaya Anwar berbanding Saiful.

    Persoalanya, mengapa Anwar tidak bersumpah? Takut kena laknat ke...?

    BalasPadam
  2. Kalau gelar diri kau Islam, tapi tentang sumpah dan kifarah sumpah pun kau tak tahu...belajar lagi le.Dalami lagi ilmu agama tu. Jangan jadi Islam ikutan. Orang bersumpah kita pun nak ikut bersumpah.

    BalasPadam
  3. Senyum ke , nangis ke ..bukan isu..yang menjadi persoalannya mengapa perbicaraan ini dibuat di mahkamah civil, sedangakn yang menuduh dan yang dituduh SANGAT BERKELAYAKAN untuk dibicarakan di mahkamah syariah.ADAKAH SISTEM DALAM NEGARA INI TELAH MENOLAH ISLAM 100%?

    Sementelah lagi kalau ini konspirator kali 2 maka yang menuduh ADALAH SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA DAN MEREKA YANG MENGATUR AGENDA INI MERUPAKAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA MALAH JAHAT DARI IBLIS LAKNATULLAH.

    BalasPadam
  4. Agreed with Anon 2:15

    I think all this accusation on Anwar will goes to the drain should Anwar 'sumpah'.

    Muslim will have the obligation to believe in Anwar. I really don't understand why Anwar refuse to 'sumpah'.

    Wierd dude... reall weird...

    BalasPadam
  5. Tan,

    Hang biaq betoi. Kalau bicara kat mahkamah syariah pon, sama saja caranya.

    Saiful tuduh Anwar liwat. Tak perlu pakai bukti maa. so, 'pendapat pakar' akan digunakan. (hukum Islam ye) Sila check.

    Sama je la proses nya. sistem kehakiman di Malaysia pon dari segi perlaksanaan sama dengan cara Islam. Cuma hukuman saja tak ikut Islam.

    Sila belajar rajin-rajin...

    BalasPadam
  6. gua sokong anon 12.15,,pedaaa toksah dok ketubahlah anon 2.29,itu pendapat mu,hormat jugalah hujjah orang lain,,malu lah takdak tuduhan lain ke,KEHENDAK ALLAH MAKA BARLAKULAH TUDUHAN ITU,AMIN

    BalasPadam
  7. kau patut rasa aneh awal-awal lagi.. apasal anwar asyik nak tangguh jer.. "penafian liwat untuk kali yg tak terbilang" bawak bertaubat!!!

    BalasPadam
  8. see fool tahan berak dua hari utk mengekalkn taik dlm rektum beliau agar kesan air mani dpt dipelihara dgn baik agar 2 hari kemudian boleh dicheck semula oleh doktor pakar di HKL.

    beliau juga mengaku tidak mandi selama dua hari bg mengekalkan kesegaran air mani itu agar tidak basi bg memudahkan proses pengambilan sampel DNA.


    beliau jugak tidak membasuh lubang dubur selama 2 hari berturut-turut demi memastikan bau air mani tidak hilang disebabkan proses pengoksidaan atmosfera.

    oleh itu beliau tidak solat selama 2 hari berturut-turut kerana tidak suci.

    bg menebus dosa besar ini beliau telah pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan utk bertaubat di dengan memegang kitab Al-Quran di hadapan puluhan media utk memohon keampunan dr Allah SWT supaya dijauhkan dr sebarang azab dan bala bencana.

    BalasPadam
  9. banyak cakap dan komen...kelihatan banyak bodohnya anda semua.macam si saiful tu juga. ALLAH akan telanjangkan kebodohannya nanti. Insya-Allah.

    BalasPadam
  10. setuju ngan anon 9.29
    patutnye kite disuruh sembunyikan aib kite dan aib orang lain... tp seefool dgn bangganye kata kat dunia anu anwar masuk dubur die dan dia dgn bangganye kata anwar salah... moga2 Allah akan dedahkan aib dia pada semua keturunan manusia nanti

    BalasPadam
  11. pasal bersumpah... korang jgn cakap banyak kalu tak cukup ilmu.. nanti kalu benda tu tak betul dan orang lain ikut, sampai mati pun dosa akan ikut

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.