Keputusan terkini yang dibuat pada 19 Januari 2010 itu jelas sekali membuktikan memang terdapatnya bukti konspirasi antara Pengurus Felda dan Pengurusn Kilang Sawit Felda untuk menipu gred harga Sawit . "Sebarang penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah mencalarkan reputasi Felda sebagai agensi pembangunan tanah terbesar di dunia yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Ia bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat tettapi mendapatangkan kerugian besar kepada pendapatan peneroka itu sendiri" kata Mazlan. Justeru itu laporan polis yang dibuat oleh para peneroka semalam juga mendesak agar Felda membuat bayaran segera wang berkenaan kepada peneroka dan nyatakan sumber bayaran tersebut. "Kita tidak mahu sekali lagi Felda menipu peneroka dengan menggunakan wang peneroka untuk membayar hutang berkenaan. Felda berada dibawah kerajaan pusat, maka seharusnya kerajaan yang perlu membayar wang berkenaan dan bukannya peneroka" tambah Mazlan lagi. Turut dilihat hadir ialah Busmamin Abu Bakar (Ketua Cabang PKR Maran) dan beberapa orang pemimpin PAS yang memberi sokongan tindakan itu.
[Ternyata para penerokan perlu tahu tentang bagaimanakah Felda mahu menjelaskan bayaran RM11 juta yang dimenangi oleh para peneroka Felda Kemahal 3 itu. Mereka jelas terbukti berdusta dan menyeleweng terutamanya dalam isu gred kelapa sawit. Banyak berlaku, peneroka yang tanam sendiri mendapat hasil hingga mencecah RM10,000 sebulan tetapi mereka yang menyerahkan semula tanah kepada Felda hanya menikmati antara RM1,500 hingga RM2,000 sahaja sebulan. Ini tidak adil kerana mereka ditipu sebenarnya. Justeru itulah Felda terlalu takut jika ada individu yang membongkarkan cerita gred sawit ini. Rakyat Pahang terutamanya perluberani bersuara jika tidak mahu terus ditipu buat selama-lamanya. Felda telah jauh tersasar dari hasrat Tun Razak dulu].






Yang peneroka ni malas sangat, padan muka, kalau boleh dapat RM10,000 sebulan usaha lah sendiri.
BalasPadam16 DECEMBER, 2009
BalasPadamKILANG FELDA
Apabila BTS peneroka dihantar kekilang Pehak JCC dan Kilang akan mengreding buah tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh sebuah lori membawa muatan 5 tan ..apabila sudah digreding didapati terdapat buah muda dan sebaginya diangarkan lebih kurang 100 kg .maka ia akan ditolak menjadikan lori tersebut muatanya ialah 4. tan sahaja ..
Buah 100 kg tersebut adalah hak milik peneroka tetapi pehak kilang menafikanya dan ia tidak dibenarkan dibawa keluar dengan alasan yang berbagai dan kekadang alasan itu ada benarnya ...
Tetapi walau pun benar itu adalah hak peneroka.....dan sepatutnya pihak kilang tidak ada hak menahan.
Pada BTS luar yang bukan peneroka pula mengapa dibenarkan dibawa keluar..?
Ini yang menjadi rungutan peneroka ..dan perkara ini adalah isu lama tetapi ia tetap menjadi barah pada peneroka sekiranya tidak diselesaikan.
Alasan dangkal pehak kilang ialah sekiranya peneroka dibenarkan bawa keluar BTS yang muda atau rosak ini.. ia akan dijual pada pembeli yang bertaburan didepan kilang..
Memang kita pun dalam perkara ini tak setuju adanya pembeli ini ...tapi apa fungsi MPOB.?..
Sekiranya buah ini masuk semula kedalam kilang apa fungsinya JCC dan greding kilang...?
Greding la...semula .....
Jangan peneroka menjadi mangsa keadaan...
Pada hakikatnya yang nyata selama ini buah tersebut lepas dari pehak Greding kilang dan juga JCC yang bermaksud buah tersebut baik dan bermutu....saya ulangi sekali lagi buah tersebut lepas dari greding kilang dan JCC .
Ini bukan bererti pehak greding tidak bekerja dengan baik tetapi memang buah tersebut baik dan masih lagi bermutu.
POSTED BY JINTANAHSPU AT 9:03 PM
jintanahspu.blogspot.com
jintanahspu,
BalasPadamBETUL tu.
bagus bio polis siasat baru dia tau asik nak tipu org je... ingat yg jadi peneroka tu bodoh ke tak tau apa yg berlaku.. n skrg ni dah ramai anak peneroka yg berjaya n berpelajaran tinggi mereka ni semua sentiasa mengambil berat permasalahan yg berlaku di kawasan felda oleh itu jgn cuba-cuba nak tipu warga felda lg.... org felda skrg dah tak leh nak d tipu lagi....
BalasPadamharap-harap segala penipuan ini dapat di bongkar oleh pihak polis yg menyiasat...