script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Pemimpin Menikus IsuTanah Rizab Surau, Ke Mana Pergi Slogan UMNO Juara Rakyat Dan Laungan Rakyat Di Dahulukan Sebenarnya !!

KUANTAN, 8 Feb [6.00 pm] - Mana perginya slogan Juara Rakyat" dan laungan "rakyat didahulukan" seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Najib Razak itu agaknya. Demikian pertanyaan yang diluahkan Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob. "Jika benar rakyat didahulukan kenapa membiarkan rakyat terus marah dan memberontak dengan pembinaan premis dan pencerobohan tapak rizab surau di Taman Atabara. Sudah lebih tiga tahun isu itu diperjuangkan, namun akhirnya puak-puak mereka juga yang diutamakan" kata Dato' Fauzi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang amat kecewa dengan apa yang berlaku. Amatlah malang katanya, pihak terbabit membiarkan seorang individu yang dipercayai bergelar Dato' yang ada hubungan rapat dengan UMNO mendirikan premis haram di atas tanah terbabit. "Bukankah tanah itu telah dirizabkan untuk rumah ibadat orang Islam iaitu surau. Kenapa mereka menceroboh dan merompak hak rakyat ini. Kepentingan individu yang lebih diutamakan daripada rakyat terbanyak" tambah Dato' Fauzi lagi. "Bagaimana lagi rakyat mahu percaya dengan cakap-cakap pemimpin UMNO BN selepas ini?. Jelas sekali rakyat diperbodohkan dan ditipu dalam isu ini" katanya. Susulan dari itu isu ini akan diperjelaskan secara terperinci kepada rakyat di seluruh Pahang, betapa rosaknya sistem pentadbiran kerajaan BN yang jelas tidak ambil kisah dengan kroni mereka yang jelas melanggar peraturan dan undang-undang. Sebaliknya, bila rakyat membuat kesalahan seperti ini maka sudah pasti akan dikenakan tindakan yang paling tegas. Isu tanah TOL yang didirikan premis kekal itu melambang keangkuhan dan keegoan beberapa kerat pemimpin UMNO yang gagal untuk mengambilkira sensitiviti rakyat itu sebenarnya.

Kami juga amat terkejut dengan senario yang berlaku ini. Ternyata laungan terbaru "UMNO Juara Rakyat" telah gagal dilaksanakan dalam konteks ini. Malah, kami difahamkan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan terbabit adalah bekas calon BN yang menentang Azan Ismail bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota (PRU12). Beliau juga dipercayai merupakan Setiausaha UMNO Bahagian dan Ahli Majlis MPK (Majlis Perbandaran Kuantan). Maka itu, masakan hal seperti ini gagal ditangani dengan betul?. Pahang bukan ditadbir oleh pembangkang. Ia masih lagi milik UMNO BN, oleh itu kenapa harus menikus dalam usaha membela nasib rakyat. Tindakan yang jelas sekali menyebabkan rakyat akan terus hilang kepercayaan terhadap BN dalam pilihanraya umum akan datang. Malah kami menjangkakan kerusi parlimen Indera Mahkota yang sekarang ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pasti akan gagal dirampas kembali dengan isu panas ini. Malah kes ini sudah menjadi isu global bila ia disiarkan dalam hampir kesemua media arus perdana di negara kita sekarang ini. Harapan kami agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan tanah rizab surau itu dapat dikembalikan semula kepada penduduk taman terbabit untuk dibangunkan sebagai kemudahan rakyat di taman itu].
Share:

7 ulasan:

  1. Tak patut...tak patut! kalau derma bangunan surau lagi berfaedah sebagai amalan jariah, ada juga saham untuk hari akhirat. Ini dahlah guna tanah rakyat tapak surau pulak tu.. tak ingat dosa pahala ke!

    BalasPadam
  2. Napa panggil TV3? TV Pas ke, TV PKR ke, kan bagus....

    BalasPadam
  3. Yes there you're PR is the champion of Rakyat...Hip2 Hooray...Mari kita politikan semua isu, tak lama lagi Pilihanraya 2012. Lagi pun kes Anwar tengah berjalan ni, elok kita alih tumpuan Rakyat ke isu2 lain...yeah, yeah.

    BalasPadam
  4. Ramainya anon anon bangang negara masih hidup buat perabih kan beras negara.

    Kan elok anon anon tk berguna kat atas tu campak dlm kandang rimau jd makanan rimau ada juga gunanya utk bangsa agama dan negara.

    PRU2012 msia milik rakyat bukan lagi hak mutlak puak puak UM_NO kumpul dana buat masuk kubur masing2

    BalasPadam
  5. Rasa nya kalau campak kat kandang rimau para penjilat Al-Juburi yang akan rimau terkam dulu sebab dia kaki meliwat.

    BalasPadam
  6. Mana Syok dan nikmat antara Al-juburi dan Faraj wanita asli.

    Nak tanya org umno lbh suka jubori atau faraj asli.

    kami menunggu pilihan anda org org umno SHIT

    BalasPadam
  7. Hei watper tanya UMNO tanya la Al-Juburi sendiri dan para penjilat buntut nya, bodoh!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.