KUANTAN, 14 Feb [6.00 pm] - Pertama kali dalam sejarah, PAS Pahang akhirnya memecahkan tradisi apabila mengundang penulis blog (Blogger) untuk bersama dalam program ceramah umum mereka. Jika sebelum ini PAS Pahang pernah mengundang, Chegubard (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) yang juga merupakan seorang blogger mengadakan ceramah, kini PAS Pahang mengundang salah seorang blogger panas Pahang Daily Online iaitu Cucumatkilau untuk bersama dalam program mereka di Markas PAS Taman Guru dekat sini. Blogger Cucumatkilau (foto) adalah salah seorang krew kami di Kuantan yang telah banyak menyumbangkan jasa bagi membawa perubahan minda rakyat di negeri ini bahkan di seluruh Malaysia. Pengalaman lebih 11 tahun dalam dunia blogger telah menyebabkan beliau terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum ke-12 lalu untuk kerusi DUN N39 Kemayan dalam parlimen Bera. Beliau yang akan menumbuhkan sebuah NGO baru yang berorientasikan membela rakyat, kini sedang hangat dengan isu "Tanah Rizab Surau Diceroboh" yang telah disiarkan menerusi media arus perdana termasuk juga Buletin Utama TV3. Beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti dan kini dalam usaha menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat (MTR) Pahang dalam masa terdekat ini. Ceramah yang akan diadakan pada 21 Februari (Ahad) itu adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan. Turut diundang ialah YB Zaki Ibrahim, ADUN Kelaboran dan Timbalan Speaker DUN Kelantan. Semua rakyat Pahang terutamanya yang berada di sekitar Kuantan dan yang berdekatan dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh cucumatkilau itu nanti.
[Kami ucapkan syabad dan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pahang (Ust Suhaimi) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan (Ust Fadli) atas kesediaan untuk mengundang blogger bersama-sama menyampaikan ceramah umum kepada rakyat. Memang inilah yang ditunggu selama ini, tambahan pula blogger Cucumatkilau banyak menyimpan khazanah tentang rasuah, korupsi dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Barisan Nasional di negeri Pahang sejak sekian lama. Selepas lebih 11 tahun berada di alam siber, maka sudah menjadi satu tanggungjawab untuk beliau kembali ke alam nyata dan bersuara di pentas ceramah selepas ini. Kepada mana-mana pihak yang ingin mengundang beliau untuk berceramah di seluruh negara bolehlah hantarkan email ke pahangdaily@yahoo.com untuk tindakan selanjut. Mengundang blogger ke pentas ceramah adalah satu penghargaan yang tidak ternilai buat mereka yang berani ke hadapan. Ramai dikalangan blogger yang hanya hebat dialam siber dan tidak berani menyatakan kebenaran di alam nyata. Oleh itu, PAS Pahang adalah pembuka jalan ke arah itu sebenarnya].